ZURICH – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi amarannya kepada negara-negara baru muncul supaya ‘sangat berhati-hati’ dalam memberi kelonggaran ke atas sekatan perjalanan kerana ia memberi risiko kepada penularan Covid-19 semula.
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan negara-negara tersebut perlu memastikan mereka mempunyai langkah-langkah yang mencukupi untuk mengawal penyebaran Covid-19 seperti sistem pengesanan dan penyediaan pusat kuarantin.
“Risiko untuk terpaksa melaksanakan sekatan semula adalah masih sangat nyata jika negara-negara ini tidak menguruskan peralihan dengan sangat berhati-hati dan dalam pendekatan bertahap,” katanya pada taklimat secara maya di Geneva.
Ahli Epidemiologi WHO, Maria Van Kerkhove menyokong kebimbangannya mengenai penyakit yang telah menjangkiti 3.71 juta di seluruh dunia dan membunuh lebih daripada 258,000 orang.
”Jika sekatan ditarik balik terlalu cepat, virus akan kembali semula,” kata Van Kerkhove.
Kebanyakan negara menarik balik sekatan perjalanan selepas angka pengangguran meningkat selepas aktiviti ekonomi terhenti.
Ekonomi Eurozone menyuust 7.7% tahun ini disebabkan pandemik itu, manakala majikan swasta Amerika Syarikat
menghentikan 20.2 juta pekerja bulan lalu. – MalaysiaGazette