LONDON – Perlumbaaan Formula Satu musim mungkin tidak akan diadakan.

Pengerusi F1, Chase Carey mengakui bahawa para pemilik pasukan bersedia menghadapi ‘kemungkinan tiada perlumbaan pada 2020’.

Katanya, mereka membincangkan dengan peminjam bagaimana untuk menguruskan kerugian pendapatan berikutan tiada perlumbaan pada tahun ini.

Bagaimanapun Carey menegaskan: “Keyakinan  kami meningkat – walaupun tiada jaminan – kami akan menhghadapi musim 2020,”.

Badan sukan permotoran itu F1 mendedahkan perangkaan yang menunjukkan kemerosotan pendapatan sebanyak 84 peratus  pada suku pertama 2020.

Pemilik Liberty Media berkata, pendapatan F1 pada suku pertama tahun ini adalah £31.6 juta berbanding £199 juta bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Rekod itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang pendapatan yang diperolehi menerusi dua perlumbaan, GP Australia dan Bahrain, atau sebarang perolehan yang diterima daripada hak penyiaran.

Bercakap dalam sidang media bersama pelabur F1 selepas pengumuman keputusan kewangan suku pertama, beliau berkata, krisis Covid-19 telah membawa kesan yang signifikan kepada F1 dan pihaknya sedang menyelaraskannya dengan pelbagai kaedah. – MalaysiaGazette