KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan supaya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan khas bertempoh dua bulan untuk membolehkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyerbu dan menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah lama bertapak di negara ini.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullaaah berkata, kebanjiran warga asing mengakibatkan peluang perniagaan dan pekerjaan untuk warga tempatan dirampas golongan tersebut menyebabkan masalah pengangguran tercetus.
“Desakan saya sejajar dengan kenyataan Menteri wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memastikan negara bebas PATI.
“Sokongan serta cadangan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) khas ini perlu untuk memastika pasar borong di Selayang, KL, termasuk Chow Kit dan Petaling Street tidak boleh dibiarkan dikuasai warga asing bekerja dan mahu benar-benar bersih dari PATI yang mana Pasar Borong terkenal sebagai Little Rohingya.
“Cukuplah Little Rohingya semua ini. Kita bukan tidak berperikemausiaan tetapi kita dah puas menolong mereka tetapi akhirya mereka jadi kaya raya.
“Contoh, Perlis tanah asalnya milik warga tempatan tapi susah nak ambil balik kerana kebal dengan warga asing berniaga.
“Apa salahnya walaupun gaji rendah, peniaga pasar-pasar borong ini kongsi rezeki dengan warga tempatan menerusi ambil kerja, tidak perlulah bagi PATI yang bawa balik kekayaan ke negara mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di Balai Polis IPD Sentul hari ini.
Tambah beliau, tiada lagi istilah warga negara Malaysia malas untuk bekerja dengan gaji rendah atau memilih kerjaya dan sebagainya.
Beliau mahu warga tempatan diberi peluang bagi menentukan mereka boleh bekerja dalam sesuatu bidang.
“Bayangkan warga asing dapat gaji kumpul sehingga kaya raya boleh sewa kedai, boleh beli kenderaan termasuk di sempadan negara di Perlis sehingga monopoli perniagaan yang pernah dimilik warga tempatan,” ujarnya.
Menurutnya, rakyat tempatan mempunyai masa untuk memikirkan perkara itu dan disarankan bertindak bijak pada masa depan.
Sementara itu, pesara tentera itu juga mencadangkan pemilik kedai atau pasar yang menyewakan permit atau lesen berniaga kepada PATI supaya lesen mereka digantung, dipenjara 20 tahun dan didenda RM500,000 termasuk sebatan. – MalaysiaGazette
Btul kau stuju apa yg rani tu ckp…mmg pati ni kita jgn bg dia lbh kuah drpd sudu..
Dah itu kehendak org kaya malaysia ada lesen niaga ali baba kan ada tanah ada rumah sewa kan gerai makan kan chow kit tu dah mcam kat indon.dulu penuh dgn lorat kedah perak kelantan johor la ni pegi tengok….