Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Sempena dua tahun kejayaan menumbangkan Barisan Nasional (BN), gabungan parti yang membentuk Pakatan Harapan memuktamadkan prinspi tidak mengiktiraf kerajaan sekarang ini yang menurut pemimpin mereka terbentuk hasil daripada perbuatan khianat.

Dalam satu kenyataan yang menggandingkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kami tidak mengiktiraf kerajaan hari ini.

“Prinsip kami jelas dari hari pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat. Ia tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihan raya. Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan jawatan semata-mata. Malah, tidak ada satupun pemimpin kerajaan hari ini yang berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan hari ini,” kata ahli Parlimen Port Dickson dan ahli Parlimen Langkawi itu.

Menurut kenyataan itu lagi, PH tidak ingin mengkhianati rakyat yang menghabiskan berjam-jam untuk beratur di pusat mengundi, beratus ringgit untuk terbang pulang mengundi, mengambil cuti tanpa gaji untuk membawa suara mengubah nasib negara.

Kata kedua-dua pemimpin itu, dua tahun lepas, rakyat dari berbagai agama dan bangsa telah membantu usaha mereka dengan memberi derma dan sumbangan, suara dan cadangan, harapan dan semangat demi melihat perubahan yang lebih baik buat negara tercinta.

“Dua tahun lepas, kami tidak berputus asa membawa suara rakyat. Hari ini juga sama. Kami telah lama menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat. Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama.

“Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi. Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya,” kata kenyataan itu lagi.

Anwar dan Dr Mahathir juga mengingatkan rakyat supaya tidak sesekali melupakan tarikh keramat 9 Mei 2018 iaitu tarikh apa yang mereka dakwa sebagai jatuhnya institusi kleptokrat, tarikh kemenangan rakyat dan tarikh lahirnya Malaysia Baharu.

Mereka mengimbas semula keputusan rakyat dua tahun lepas yang di mana dunia menyaksikan sejarah terpahat apabila Malaysia telah membentuk sebuah kerajaan baharu yang menjunjung undang-undang, nilai moral dan tanggungjawab.

“9 Mei 2018 bukanlah satu peristiwa untuk memperingati penyatuan Mahathir atau Anwar. Ia adalah peristiwa yang jelas mengangkat nasib dan masa hadapan rakyat serta melawan ketidakadilan dalam negara.

“Suara dan harapan rakyat tidak boleh ditutup dengan cerita-cerita dongeng yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu,” katanya.

Mereka mendakwa apabila Pakatan Harapan memerintah, barisan pemimpinnya memastikan demokrasi itu subur di mana tiada seorang pun dihalang bersuara dengan alasan ‘tindakan undang-undang’.

Kebebasan bersuara, menurut mereka, antara hadiah paling besar buat negara dua tahun yang lalu di mana rakyat sedar, bahawa tanggungjawab mentadbir negara adalah tanggungjawab bersama.

“Walau bagaimanapun, rakyat kini tahu bahawa sebilangan usaha reformasi institusi, undang-undang dan ekonomi ini terbantut akibat usaha pihak tertentu yang mempunyai matlamat mereka tersendiri.

“Akhirnya, mandat rakyat telah dikhianati dan Kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan pada Februari lalu tatkala wabak COVID-19 mula melanda negara.

“Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar mula diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih,” dakwa mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Ingatan untuk para kaduk. Jangan nak perasan. Rakyat eekarang ini lebih selesa dan sejahtera dengan PM dan kerajasn yang ada sekarang. Dan sangat berterima kasih dengan Tan Sri Muhyiddin dan kabinetnya.
    Lab berdua boleh duduk kedai kopi dan main dam haji.

  2. Yg tua tu takut rahsia kekayaan dia n anak2 Nye dikorek. Takut rakyat tahu dia n keluarganye mentedarah duit negara selama 22tahun.
    Yg seekor LG masih bermimpi nak JD PM.
    Politik subur ke politik dubur pak nuar.
    Kamu ni takut cita semburit kamu pecah lg..
    Politik parti dubur kamu pun tak boleh nak jaga..
    Buat2 la bertaubat..udah2 la pecahkan bangsa sendiri

Comments are closed.