Petisyen ini diwujudkan untuk mendapat sokongan dari rakyat Malaysia terhadap kerajaan sekarang dan Munyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

KUALA LUMPUR – Satu petisyen Kami Rakyat Malaysia (KRM) diwujudkan untuk mendapatkan tandatangan bagi menyokong serta menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama, petisyen yang sudah mengumpul hampir 100,000 tandatangan dari rakyat Malaysia itu mahu kerajaan PN kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“KRM tidak menginginkan sebarang krisis atau kemelut politik baru berlaku ketika kerajaan PN bertungkus lumus memerangi pandemik Covid-19.

“Kami mahu kerajaan menumpukan usaha untuk membina diri dan negara tercinta ini dari segi ekonomi, kesihatan dan sebagainya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata kenyataan itu yang dipetik menerusi petisyen yang diwujudkan, hari ini.

Petisyen itu diwujudkan dipercayai berikutan tindakan pembangkang Pakatan Harapan (PH) hendak mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin.

Usul itu dikatakan hendak mengemukakan undi untuk Tun Dr. Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan.

KRM turut meminta rakyat Malaysia memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan sekarang dalam menangani isu semasa iaitu Covid -19, ekonomi dan lain-lain isu berkaitan negara.

Katanya, KRM berpuas hati dengan pemerintahan PN yang disifatkan sebagai kerajaan yang mendengar suara rakyat.

“Kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan dan barisan Jemaah Menterinya,” kata petisyen itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

15 Komen

  1. Hanya yg dah tecampak dari yingkap je yg x setuju dgn kerjaan baru ni suruh anuar dan madey tanya rakyat ada kah rakyat suka kat depa….yg buat2 suka dgn depa bedua tu yg sama2 rebah di hempap pagar…sedang kan diantara depa 2 org pun saling membenci saling tidak mempercaya di antara satu sama lain…hidupp PN hidup PN….hidup PN….mati PH…mati PH

  2. Kami mahu kerajaan PN kelal PH didodkan untuk terus rintuh kerans bersekongkol dengan DAP.

  3. Boleh tak kita cadangkan kepada Majlis Raja raja supaya semus darjah kebesaran dan anugerah Tun M dari negara dan semua negeri ditarikh balik sepakat semua negeri.

  4. Kami selesa dgn PN kerajaan Melayu Islam. Kami bosan dan marah pd PH yg diterajui DAP. Biarkan kami dgn PN

  5. Madey n the geng dah seperti penyangak n musuh negara krn ingkar n engang patuh pada YDPA

  6. KEMBALI KEPADA QURAN DAN HADITH IKUT AJARAN ISLAM
    AMALAN SAH IKUT UNDANG YANG DISEPAKATI
    IKUT PERLEMBAGAAN
    INSHAALLAH
    TAAT

Comments are closed.