TERKINI : Menteri Kewangan Setuju Tempoh Rayuan BPN Dilanjut Hingga 30 Mei – Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil maklum mengenai rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima Bantuan Prihatin Nasional (PN) atas pelbagai sebab. Jelas beliau, antara isu itu kerana maklumat yang diisi pemohon tidak lengkap selain ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

Menurutnya, ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajari dan permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran itu bagi kategori bujang ditolak.