Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. foto AFFAN FAUZI, 23 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes kehilangan wang dari kediamannya.

Syed Saddiq berkata, beliau telah memberi kerjasama kepada suruhanjaya itu sejak kes tersebut mula disiasat hampir dua  bulan malah beliau sendiri telah membuat laporan polis berhubung kehilangan yang berjumlah RM250,000 itu.

Tambahnya, beliau tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah memandangkan gaji dan elaun seorang Menteri adalan tinggi.

“Belum masuk one-off payments yang diterima,” katanya dalam laman Facebook hari ini sambil menambah gaji Menteri yang juga Ahli Parlimen ialah RM55,000 sebulan.

Jelas beliau, jumlah tersebut tidak termasuk bayaran yang diterima apabila Menteri balik ke kawasan mereka ataupun menghadiri program yang jauh dari pejabat kerana terdapat insentif tambahan.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung kehilangan wang tunai RM250,000 di kediamannya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama.

Menurut Syed Saddiq, selain itu beliau turut menerima elain sekali bayar berjumlah RM42,000 untuk pinggan dan mangkuk selain elaun tahunan percutian sebanyak RM70,000.

Tambah bekas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau turut menerima elaun harian makanan yang boleh dituntut sehingga RM180 kerana belanja makan tanpa mengira jumlah orang yang dibelanja.

Katanya, beliau turut menerima elaun pindah rumah sebanyak RM10,000 selain pembayaran sekali bayar sebanyak RM150,000 apabila diberhentikan sebagai Menteri.

“Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah,” katanya.

Menurut Syed Saddiq, beliau menceburi bidang politik untuk bersihkan politik bukan untuk kedudukan dan kewangan.

Malah katanya, terdapat cubaan untuk kaitkannya dengan kes rasuah suatu masa dahulu namun sampai sekarang tidak dibuktikan langsung. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kalau ko tak faham ko pi tanya Rafidah Aziz ka…Shafie Afdal ka..tak pun ko try tanya Lim Guan Eng..

Comments are closed.