Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional membuat ketetapan untuk memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan dan kerajaan Perikatan Nasional.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, selaku kelompok terbesar dengan 43 kerusi Parlimen, semua ahli Parlimen BN akan mengundi secara en-bloc menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sekiranya terdapat usul undi tidak percaya di Parlimen.

Tambahnya, keputusan tersebut dibuat oleh Dewan Tertinggi BN yang dianggotai oleh gabungan empat parti politik iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS yang bermesyuarat petang tadi.

“BN adalah kelompok terbesar dengan 43 kerusi Parlimen yang telah memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin UntUk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 yang seterusnya membentuk Kabinet Kerajaan Malaysia yang baru yang kini dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berhubung pendaftaran PN secara formal sebagai sebuah parti seperti yang dicadangkan, BN berpandangan mereka perlu melalui proses tertentu dalam parti komponen masing-masing, ujarnya.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast