Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Pemandu Toyota Hilux yang memandu dalam keadaan mabuk hingga merempuh dan menyebabkan seorang anggota polis maut di sekatan jalan raya Op Covid-19 berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kajang esok.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Kimisioner Datuk Fadzil Ahmat petang tadi.

Kata beliau, kertas siasatan kes lelaki yang direman enam hari itu telah lengkap dan pertuduhan akan dibacakan esok di mahkamah.

“Kes telahpun dirujuk dengan laporan lengkap siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor .

“Kami kemudian telah mendapat arahan untuk menghadapkan suspek ke Mahkamah dan menuduh dengan empat pertuduhan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Tambah beliau suspek akan dituduh di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu semasa berada di bawah pengaruh alkohol.

Artikel berkaitan: Anggota polis maut dilanggar pemandu mabuk

Suspek juga, katanya, akan dituduh di bawah Seksyen 26(1) Akta Polis kerana tidak berhenti semasa sekatan jalan raya diadakan oleh polis berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

“Selain itu kita akan tuduh mengikut satu lagi seksyen iaitu Seksyen 26(1) APJ 1987 keranan memandu tanpa lesen yang sah

“Dan akhirnya dia juga akan dituduh mengikut Peraturan 3(1) Pengawalan & Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020 kerana berada di luar rumah tanpa alasan yg munasabah sewaktu PKP.

“OKT akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kajang pada 13 Mei 2020 jam 9.00 pagi (Rabu),” tegasnya lagi.

Suspek yang berusia 44 tahun itu ditahan di lokap polis IPD Kajang sejak 5 Mei (Selasa) selepas selesai rawatan di Hospital Kajang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek yang disyaki di bawah pengaruh alkohol.-MalaysiaGazette

Reman pemandu rempuh anggota polis disambung 3 hari lagi

 

Pemandu mabuk rempuh polis ditahan semula, sambung reman esok

 

Pemandu mabuk rempuh polis direman hingga Isnin

1 Komen

  1. Mintak juga sape2 lwyer yang kata pejuang menegakkan keadilan, yang bermati-matian pendpt menentang kebatilan.. Bagi khidmat free saman pemandu ni dptkn gantirugi berjuta2.. lidah terbelit cakapun boleh saman juta takkan hal nyawa ni tak dpt juta.. Mintak KP tolong tak taulh camne..

Comments are closed.