SAC Fadzil Ahmat
SAC Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Pemandu Toyota Hilux yang memandu dalam keadaan mabuk yang merempuh dan menyebabkan kematian seorang kematian anggota polis di sekatan jalan raya Op Covid-19 pada 3 Mei lalu direman sekali lagi selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat menerusi mesej Whatapps berkata, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pagi ini untuk permohonan perintah reman untuk disoal siasat bagi melengkapkan kes.

Suspek yang ditahan selama empat hari dibebaskan dengan jaminan polis pada semalam sebelum ditangkap semula oleh Jabatan Siasatan Jenayah Selangor untuk disiasat di bawah Sek. 304(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini suspek yang berusia 44 tahun ditahan oleh polis trafik rafik untuk siasatan dibawah Sek 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 3 Mei lalu.

Tambah beliau, saspek sebelum ini ditahan di lokap polis IPD Kajang sejak Selasa selepas selesai menerima rawatan di Hospital Kajang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek. – MalaysiaGazette

Pemandu mabuk rempuh polis ditahan semula, sambung reman esok