sawit
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 500,000 peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah Felda, Risda dan Felcra akan menerima Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 bernilai RM300 seorang.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), kerajaan memperuntukkan sejumlah RM148 juta bagi meringankan beban kumpulan itu ekoran kemerosotan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah disebabkan penularan wabak Covid-19.

“Sukacita diumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020, bernilai RM300 seorang kepada peneroka Felda, peserta Felcra dalam kategori B40 dan pekebun kecil Risda.

“Bantuan khas melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta ini akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka Felda, 90,000 pengusaha Felcra dalam kategori B40 dan 292,000 pekebun kecil Risda, iaitu pekebun yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar,” kata kenyataan itu hari ini.

Penyaluran Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 akan bermula Isnin depan.

“Kerajaan berharap bantuan khas ini akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba,” kata PMO lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kata duit banyak ratus billion.. X kan bagi Rm300 hatus jaa…korang pulak berbahagi bahagi jawatan glc.. Peneroka dot ciput x patut x patut x patut

Comments are closed.