drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

PETALING JAYA – Seorang wanita berusia 28 tahun dikesan positif menerusi ujian saringan Covid-19 yang telah dilaksanakan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling sejak 10 Mei lalu di PJ Old Town.

Empat ahli keluarganya dikesan sebagai kontak rapat dengannya dan kesemua mereka turut menjalani saringan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita itu kini telah dibawa ke Pusat Kuarantin Rawatan Sementara Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) Serdang.

“Manakala empat ahli keluarganya yang dikenalpasti sebagai kontak rapat wanita itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Jalan Othman dan masih menunggu keputusan ujian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanne, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diumumkan di Pasar Jalan Othman bermula 10 Mei hingga 23 Mei ini, kawasan itu dikawal ketat polis dan tentera.

Ia untuk memastikan tiada pencerobohan masuk atau keluar mana mana individu seperti dikehendaki Kementerian Kesihatan untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, sehingga semalam, seramai 2,156 orang penduduk di kawasanan PKPD itu telah disaring ujian Covid-19.

“Jumlah tersebut melibatkan 1,557 warga tempatan dan 599 warga asing yang menetap dan bekerja di pekan lama itu.

“Disamping itu, sebanyak 1,300 keputusan saringan sampel Covid-19 telah diterima dan hasilnya mendapati hanya seorang sahaja didapati positif iaitu pesakit itu merupakan wanita tempatan berusia 28 tahun,” katanya .

“Selain itu,saringan Covid-19 di Zon A, B dan C Jalan Othman Pekan Lama PJ telah selesai dijalankan 100 peratus dan sedang menunggu keputusan saringan,” tegasnya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai digalakkan menghubungi bilik gerakan PKPD Pasar Jalan Othman di talian 013-266 6165 yang beroperasi 24 jam.- MalaysiaGazette