Liga Belgum dibatalkan namun masih memerlukan persetujuan kelb kelab Liga untuk memuktamadkan keputusannya.

BRUSSELS – Liga Belgium ditamatkan berikutan situasi semasa Covid-19 di negara tersebut.

Rentetan itu, Club Bruges yang mengungguli carta liga dengan kelebihan 15 mata mendahului Gent diangkat sebagai juara EPL.

Liga Belgium musimĀ  ini digantung dengan berbaki 1 perlawanan.

Ini bermakna Bruges secara automatik layak ke kempen Liga Juara Juara Eropah musim depan.

Belgium adalah negara pertama di Eropah membatalkan liganya bagaimanapun keputusan itu masih memerlukan ratifikasi oleh kelab-kelab Liga Belgium pada Perhimpunan Tahunan minggu ini.

Mesyuarat sama dijangkakan mengesahkan Waasland-Beveren akan tersingkir dari Liga Perdana Belgium dan Charleroi, Royal Antwerp dan Standard Liege akan beraksi dalam Liga Europa. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast