Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Pas mengucapkan tahniah kepada Dr. Luqman Abdullah atas pelantikannya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Pelantikan itu tepat pada masanya, apatah lagi Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad Kelantan itu memiliki kelayakan yang sesuai hingga ke tahap Sarjana Doktor Falsafah (PhD) dari Edinburgh.

Kata Ketua Penerangan Pas Malaysia, Kamaruzaman Mohamad, Dr. Luqman berasal dari keturunan yang terkenal dengan budaya ilmu di mana ayahnya, Abdullah Abdul Rahman adalah seorang ulama terkenal di Kelantan yang memiliki institusi pengajian Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

“Pondok Lubok Tapah menghasilkan ribuan pelajar termasuk dari negara jiran Thailand, Indonesia dan Singapura. Kita yakin dengan pelantikan ini, Dr. Luqman mampu memacu Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dengan lebih jitu,” katanya dalam kenyataan kepada hari ini.

Dr. Luqman yang merupakan Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan kelapan yang baharu.

Pelantikan itu disahkan menerusi Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Muhamad Al Bakri yang menerima kunjungan Dr. Luqman selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pagi ini.

Majlis serah terima tugas antara Dr. Zulkifli dengan Dr. Luqman berlangsung dalam suasana yang ringkas dan mahabbah.

“Selamat bertugas kepada Dr. Luqman, semoga istiqamah dalam menyampaikan kebenaran demi kemakmuran dan kesejahteraan Wilayah Persekutuan khususnya dan Malaysia amnya,” kata Kamaruzaman. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pensyarah UM dilantik Mufti Wilayah Persekutuan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast