Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Pimpinan pembangkang khuatir terhadap tingkah laku kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelihatan cuba meraih sokongan ahli-ahli Parlimen melalui pemberian jawatan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta duta-duta bertaraf menteri.

Ini adalah amalan yang tidak baik dan merosakkan perjalanan reformasi institusi yang telah dimulakan lebih 22 bulan yang lalu, kata yang diputuskan dalam mMesyuarat pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Presiden Parti Warisan Sabah hari ini.

Kenyataan bersama itu turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Mesyuarat juga sepakat dalam pandangan bahawa kes 1MDB berkait Riza Aziz, yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan, menjadi petanda atau isyarat bahawa beberapa kes besar lain yang melibatkan beberapa tokoh politik akan menggunakan jalan penyelesaian yang sama.

“Selain itu, mesyuarat telah membincangkan isu di mana beberapa Kementerian baharu telah diwujudkan namun peruntukan perbelanjaan bagi Kementerian-Kementerian ini belum lagi dibentang sebagai Rang Undang-Undang dan belum lagi diluluskan di Parlimen.

“Ini semestinya akan menimbulkan persoalan berkenaan perjalanan urusan serta sebarang perbelanjaan yang berkait dengan kementerian-ementerian ini,” kata kenyataan yang sama.

Mesyuarat PH juga bersetuju pakej rangsangan berjumlah RM260 bilion yang telah diumum Perdana Menteri sehingga kini juga masih belum dibentang dan diluluskan Parlimen.

Mereka berpendapat, ahli-ahli Parlimen mesti diberi peluang untuk membahaskan pakej rangsangan itu bagi memastikan tiada ketirisan dalam penyampaian bantuan kepada rakyat.

“Kami sebulat suara dan bersatu hati menegaskan bahawa Parlimen ialah institusi demokrasi ulung negara yang perlu berfungsi dengan baik bagi memastikan proses semak dan imbang berjalan tanpa sekatan, di mana sokongan buat seseorang Perdana Menteri perlu diuji dan disahkan, serta tempat di mana Rang Undang-Undang dan masalah rakyat perlu dibincang, dibahas dan diputuskan.

“Kami juga tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengadakan sidang untuk hanya mendengar Titah Diraja, serta menegaskan pendirian pembangkang bahawa Parlimen boleh dan mesti bersidang lebih dari apa yang diusahakan kerajaan sekarang demi menyegerakan penyelesaian masalah rakyat,” ujar kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. PHaruupun sendiri ada integrity ka? Janji terus… Bohong terus. Project fiber national atuk bagi kat mukhriz ngan mukzani. Atok daim sorang diri selesaikan mega projek China, undocumented and unaccompanied. Lantikan politik AG, KPN, Pesuruhjaya SPRM, ahli PHaruupun dilantik ke GLC jugak, jangan tak mengaku. Lge bebas, sedangkan kesnya sebijik kes khir toyo, beli rumah sedekah. Tommy mesti tak ingat dia gugurkan pertuduhan. Kes LTTE LEPAS, ISIS MASIH TERTUDUH/DITAHAN. Lu ingat rakyat bodoh ke…kasi lah lebih dari 30 hinggit

    #inisemuasalahDSNAJIB…
    #certanyaboboi

  2. Wooiii !!! Janganlah Cakap parti org lain, tak salahkan !? Sebelum nii pun pH perintah lagi teruk laa,, yalah kan !? Lupa pulak,, manifesto bukannya kitab suci pun Kata tok det.. tu yg janji konon 100 hari tpi hapahh,, mcm hampas aje,, sbb tu rakyat tak puas hati dan marah !! Sekarang ni pH yg memerintah,, ada masaalah ke nak lantik yg dia rasa sesuai dan layak,, tak la mcm ada menteri pH dulu,, Sampaikan sijil pun sanggup nak berbohong,,!! Ada integrity ke !?? Baiki la dulu parti dan gengĀ² dlm pH,, baru lah org boleh terima dan jdikan contoh… Barulah boleh nak menegur dan mengajar org lain,, Kalau tak nanti orang cakap, mcm ketam nak ajarkan naknya berjalan lurus,,,,, padahal diri sendiri pun tak berapa nak betul,, buat meluat rakyat tengok !! setakat nak ceramah pung pang, pung pang, dlm bulan puasa ni tak payah la,, lebih baik diam !! Abuk pun tarakk..!! Bulan ni digalakkan perbanyakkan lah istiqfar dan mengucap zikir kalimah “Laaillahha’illah.. Moga diberikan Allah keampunan,, umur pun dah tua dah…entah esok,, entahkan lusa dijemput Allah.. Janganlah ditambahkan dosa,, banyakkanlah perbuat amalan Dibulan Ramadan ni,, dah sampai penghujung,, sheikh anwar lebih berilmukan !?

Comments are closed.