Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menemukan mayat seorang wanita di dalam bilik kolej kediaman sebuah universiti di Bangi, semalam.

Mayat yang mula mereput dan berbau busuk itu ditemukan di atas lantai di tepi katil di bilik berkenaan.

Hasil siasatan mendapati barang-barang milik wanita berusia 34 tahun itu tidak terusik dan polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah ke atas si mati.

Laporan polis menyebut, si mati mempunyai penyakit kencing manis sejak berusia 16 tahun dan telah menggunakan insulin.

Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Mungkin saya silap! Tapi dari laporan berita ini, ia menunjukkan bahawa pihak Uni kenal dia dan dia boleh ditakrifkan sebagai kemungkinan “post graduate” atau pelajar dewasa yang duduk di hostel disebabkan PKP.
    Jadi macam mana pihak Uni tidak prasan salah seorang penuntut mereka “hilang” didalam kampus? Tidak perasan bahawa dia tidak hadir mengambil bantuan makanan? Jadi kenyataan bahawa penuntut Uni di kawal selia dengan baik oleh Uni itu boleh percaya ke?

Comments are closed.