Anggota polis mengawal ketat pintu masuk parlimen pada Istiadat pembukaan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini menteri-menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) diiring oleh polis pengiring bagi memasuki bangunan Parlimen, namun pada hari pembukaan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 dilihat berbeza bagi mereka.

Sebilangan mereka dilihat memandu sendiri kenderaan masing-masing memasuki perkarangan Parlimen.

Antaranya adalah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memandu Proton X70 berwarna merah, bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar menaiki kereta Jaguar kelabu serta bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Turut dilihat memasuki Parlimen adalah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jam 9.30 pagi tadi.

Malah Datuk Seri Najib Razak juga dilihat memasuki pekarangan Parlimen beberapa minit sebelum Dr Mahathir.

Persekitaran Parlimen terutamanya pintu masuk dilimpahi para wartawan dan pengamal media bagi membuat liputan pembukaan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Istiadat pembukaan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. -MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Belum lagi sebab dah jadi serba salah pulak, takut tak masuk penjara kerana boleh ganti dengan duit pulak

    • Dh berjela-jela penerangan diberi berkenaan perbezaan AMLA & KK..ada lg yg xpaham atau buat2 xpaham..yalah, lain yg diharapkan, lain yg jadi yer tak

  2. Sadiq Sigaraga ini kesnya di Malaysia, semua saksi.. Duit mak dia atok dia along dia semua kat Malaysia. Kecuali lah sadiq sigaraga kata duit 90k tu dia dapat buat filem di india. Baru kena panggil sharukh Khan, kajol mai jadi saksi.

    Kes riza azis sampai atuk Madey pun buat tak paham kerana buat filem di Hollywood dapat duit dari UAE. Tak injak Malaysia pun. Saksi2 adalah mat saleh n arab. Pendakwaraya will have a vry tough time to establish beyond reasonable doubt the connections between riza, tok arab and 1MDB. Sebab tu kes tak di bicara walau sudah dua tahun. Nak panggil sapa jadi saksi. Kalau bodoh memang tak boleh paham semua ini.

    Sama ada Riza bersalah atau tidak, membuktikan di mahkamah TANPA KERAGUAN YG MUNASABAH bukan senang cek oiiii. Mahkamah bukan tempat menuduh macam pasar tapi tempat pembuktian.

    Sebab tu Atok Madey cakap kat luaq saja. Dua tahun tommy n sri ram/SPRM cari bukti… TAK JUMPA JUMPA PUN. kalau Madey tau semua, pee lah bagi bukti kat tommy masa dia dok jadi pm. Sapa2 boleh bagi keterangan dan bukti, Walaupun PM. Pasai apa atok tak buat atok.

    Kalau depa ada bukti, pasai apa dua tahunn dok goyang but*** dan goyang kaki saja. Pikir pakai akal jangan pakai bontot. INILAH RULE OF LAW

  3. Patut sangatlah tu. Mengada-ngada sebagai menteri cabuk bodoh buat kerja hendakkan pengiring (out-rider), macam lahanat.

Comments are closed.