Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran tidak mungkin berlaku jika kerajaan menangani masalah rantaian bekalan makanan, kata Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu berkata, walaupun krisis wabak Covid-19 mungkin memberi kesan secara tidak langsung kepada permintaan dan harga makanan tetapi kerajaan seharusnya melakukan sewajarnya supaya harga makanan sentiasa terkawal.

Beliau mendakwa mendakwa MOA semasa di bawah pentadbirannya sebelum ini sentiasa bekerjasama erat dengan n Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga bahan makanan berpatutan terutamanya sepanjang musim perayaan semasa di bawah pentadbirannya.

“Tahun lepas, kami telah bertindak secara proaktif melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan bermula 15 hari sebelum musim perayaan dan 15 hari lagi selepas itu untuk 27 jenis barang.

”Ini bagi memastikan harga barang tidak naik mendadak seperti yang biasa terjadi menjelang Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan. Hasilnya, harga bekalan makanan telah kekal terkawal dan munasabah dalam tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Berikutan itu, beliau menggesa agar kerjasama yang erat antara MOA dan KPDNHEP terus dilakukan untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga kekal berpatutan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ala bajet pandai pula dia. Baru jadi menteri setahun lebih je pun. Itu pun tau ikut cara kerajaan BN dulu je. skim kawalan harga musim perayaan dah lama la. pergi menangis bucu katil sana

Comments are closed.