Kamaruzaman Mohamad
Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Pas mengajak rakyat untuk terus bersatu padu dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam usahanya memulihkan negara pasca kemelut politik dan pandemik Covid-19.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, rakyat jangan mempedulikan tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berterusan menghasut supaya membenci kerajaan PN.

Katanya, usaha PH sekarang ini ialah hendak mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun tindakan itu mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam titah Yang di-pertuan Agong Isnin lalu, baginda telah mengemukakan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh negara pasca Covid-19.

“Antaranya, masalah ekonomi dan pengangguran, isu perpaduan kaum, geopolitik, pemerkasaan Industri 4.0 dan pembangunan bersama Sabah dan Sarawak.

“Sikap cakna baginda terhadap kestabilan politik negara dan keprihatinan kebajikan rakyat adalah menjadi tanggunggjawab kepada semua pemimpin untuk memperhalusi tindakan terbaik demi kesejahteraan negara,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau menyatakan, situasi ekonomi dan sosial yang sangat meruncing memerlukan semua pihak untuk berganding bahu dengan kerajaan PN membangunkan semula negara.

Kamaruzaman turut menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Penggal Ketiga Sidang Parlimen ke-14, Isnin lalu.

Kata beliau, walaupun bersidang satu hari, Parlimen mempunyai sebab untuk berbuat demikian, memandangkan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat pandemik Covid-19.

“Kita tertarik dengan titah baginda yang menegaskan pelantikan Muhyiddin adalah menjadi salah satu tanggungjawabnya mengikut Perlembagaan Persekutuan selepas peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Baginda menyifatkan kerajaan pimpinan Muhyiddin sebagai “Kerajaan Beta” yang sah menurut peruntukan demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Biar PH baik PN, dua-dua di hujung tanduk, tunggu masa katak melompat sahaja, inilah masalah bila hanya dapat majoriti mudah bukan majoriti 2/3. PRU adalah jalan terbaik lepas Covid bukan guling-gulig di jalanraya, walaupun kaki tengah mengigil.

  2. Ahli MP PKR khususnya bangsa Melayu dan MP beragama Islam disarankan untuk keluar parti dan mengikut Langkah Sheraton untuk memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan PN. Ini penting untuk kelangsungan dan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu. Tak payahlah susah susah untuk DSAI tu yang hanya matlamat perinadi untuk.jadi perdana menteri sahaja. Yang bodoh sangat tu kenapa wahai MP PKR MRLAYU.

  3. Itu lah cara2 orang kebulur kuasa hingga sanggup menghasut rakyat… Masalah nya yg mnghasut rakyat ahli politik bangsa melayu sendiri yg gile kan kuasa serta kedudukan sedangkan diri tidak berguna sesen pun… Hanya ambil kesempatan… Yg bodoh nye ade segelintir rakyat yg percaya bulat2 hasutan… Pm7 dan kerajaan sekarang ni dh cukup baik.. Bagi segala keperluan rakyat dikala dlm keadaan getir… Itu pun ade yg mempertikai lg… Baik nye kerajaan siasat bekas2 menteri PH semua…

  4. pas dulu pun lebih lagi. hasut dan fitnah halal dalam islam pas. musuh nombor satu pas ialah dap dan amanah dalam ph. menghasut rakyat isu perkauman bangas dan ugama.

Comments are closed.