Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan bagaimana negeri Kedah mendapat satu kes jangkitan positif Covid-19 apabila negeri itu sudah dikategorikan sebagai zon hijau, sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif Covid-19 baharu itu dikesan menjangkiti seorang pelajar di negeri yang ingin pulang ke negeri beliau.