Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya

KUALA LUMPUR – Laporan polis yang dibuat ke atas Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar membuktikan ia sebagai kesatuan dan semangat solidariti yang ditunjukkan oleh badan bukan kerajaan (NGO).

Tindakan tersebut juga bukanlah kerja yang sia-sia sebaliknya mempunyai hikmah yang boleh dipelajari, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya.

“Kita difahamkan sebanyak 33 laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat iaitu YB Xavier Jayakumar berhubung kenyataan biadap beliau yang kita lihat jelas menghina titah Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan jumlah ini disahkan sendiri oleh pihak Bukit Aman.

“Jika hanya satu atau dua pihak yang bersuara dalam isu ini, mungkin perkara ini hanya dianggap remeh sahaja dan akhirnya menggalakkan lagi penghinaan-penghinaan sebegini berlaku pada masa akan datang kerana hilangnya rasa takut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Artikel berkaitan: Xavier dituntut mohon maaf

Bagaimanapun menurut Aminuddin, langkah yang telah diambil belum lagi boleh betul-betul memuaskan hati, justeru desakan yang padu mestilah dibuat secara konsisten sehingga tindakan benar-benar diambil terhadap Xavier.

“Saya berharap agar kita semua memantau rapat segala perkembangan lanjut dalam isu ini. Kita tidak mahu perjuangan kita ini tergendala di tengah jalan sahaja. Ingat, kitalah yang menjadi benteng kepada kedaulatan institusi Raja-Raja,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Netizen kecam Dr. Xavier hina Yang di-Pertuan Agong

Semalam, beberapa pihak membuat laporan polis terhadap Xavier kerana telah mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin lalu sebagai sampah dan tidak berguna.

Perkara itu tidak disenangi hingga mengundang rasa tidak puas hati bebeapa pihak yang menganggap tindakan Xavier seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perbuatan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen.

Artikel berkaitan: Lucut kerakyataan Xavier, pengguna Facebook hina Agong, Parlimen

Xavier dilaporkan berkata, Ahli Parlimen cuma berada sejam di Dewan Rakyat hanya untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong atas alasan Covid-19.

Sidang itu dijadual selama sehari, namun dipendekkan untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Selagi kita orang Melayu tak kuasai ekonomi selagi itulah kita dipandang hina oleh spesies ini. Nak buat camna?
    Justeru itu, kita perlu teruskan jihad ekonomi dengan buy Muslim First. Kita tidak boleh depend kat orang bukan Melayu.
    Wajibkan semua sektor perniagaan dan taman perniagaan utk ada sekurang-kurangnya 10 syarikat Melayu yang mempunyai pekerja Melayu secara total.
    Orang Melayu patut diberi kemudahan dana dan bantuan permodalan.
    Pastikan segala bisnes Melayu tidak dialibabakan kepada orang bukan Melayu tanpa sebab yang munasabah. . Tindakan keras perlu diambil jikalau mereka mengalibabakan.

Comments are closed.