KUALA LUMPUR – Ketika negara masih lagi sedang bergelut dengan pandemik Covid-19, ternyata pembangkang masih sibuk dengan agenda sendiri untuk kembali berkuasa.

Malah sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu lantang dalam menyuarakan isu-isu politik walaupun ada kala kenyataannya mengelirukan.

Terdapat dakwaan mengatakan beliau telah meminta pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk menolak sahaja sebarang Rang Undang-Undang (RUU) yang dicadangkan oleh kerajaan melainkan beliau dapat apa yang dihajati.

Tun Mahathir sedang mengancam serta menahan seluruh rakyat di negara sebagai ‘tebusan’ demi kepentingan dirinya daripada memberi keutamaan negara mengekang penularan Covid-19.

Ketua Pemuda MIC, R Thinalan berkata, PH akan menjadi penghalang kepada kerajaan Pakatan Nasional (PN) mendapatkan meluluskan RUU berkaitan dengan Covid-19, termasuk pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Saya hendak tanya, adakah ini masanya untuk lakukan perkara sedemikian? Ketika kita sedang hadapi pandemik Covid-19? Ketika rakyat sedang susah dengan krisis ekonomi, adakah anda mahu mereka lalui krisis politik pula demi hawa nafsu segelinitir pihak?

“Untuk fahaman lebih jelas, gerakan undi tidak percaya tidak pernah ditolak sebaliknya hanya ditangguhkan kerana kerajaan perlu tangani wabak Covid-19 ini terlebih dahulu, ingat ini masalah Malaysia sahaja sebalik seluruh dunia. Belum ada satu negara pun berjaya tangani penularan penyakit setakat ini. Jadi sabarlah, jangan cuba kelirukan atau resahkan umum.

“Yang diPertuan Agong sendiri sudah beri peringatan, nasihat selain membuat pendedahan tentang pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Tolonglah jangan terlalu obses untuk berkuasa kembali, ini adalah masa yang kurang tepat untuk bersikap sedemikian, rakyat sedang perhatikan anda semua sebenarnya,” katanya.

Menurut Thinalan, PH sendiri sedang diselubungi pelbagai masalah dalaman yang masih belum diselesaikan

“Saya beri contoh, Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya masih lagi tidak mampu duduk semeja selesai krisis mereka, nampak seperti itulah. Jadi bagaimana pula pemimpin-pemimpin ini mampu teraju negara? Lagi-lagi kita sedang lalui krisis kesihatan yang belum bila ianya akan reda.

“Beberapa hari lepas kecoh pula audio rakaman suara Mesyuarat Majlis PH pada 21 Februari yang tersebar di media sosial. Malah Anwar sendiri akui ianya rakaman asli yang mana keadaan begitu tegang.

“Jelas sekali bagaimana krisis serta perebutan kuasa antara Tun Mahathir dan Anwar berhubung jawatan Perdana Menteri sehinggalah jatuhnya kerajaan PH dalam keadaan sungguh memalukan,” ujarnya.

Anwar sahkan audio mesyuarat PH, saksikan sendiri pertikaman lidah

Jelas Thinalan, adalah melucukan apabila Anwar tampil mengakui rakaman itu asli manakala Dr. Mahathir pula mendakwa ia telah dimanipulasi.

“Siapa yang betul? Ini pun anda tidak sependapat dan terus bermain tali, adakah anda fikir rakyat berminat dengan semua ini sebenarnya? Tolonglah sesekali pentingkan rakyat.

“Agak mengelirukan juga untuk melihat Tun Mahathir masih lagi kelihatan begitu berkuasa melebihi Anwar yang kini sudah diangkat menjadi Ketua Pembangkang. Apa yang betulnya?

“Jika inilah keadaannya, jadi siapa pula akan menjadi Perdana Menteri? Tun Mahathir atau Anwar? Pelik betul politik mereka ini, masih lagi bergelut untuk terus berkuasa walaupun sudah bergelar pembangkang.

“Sudah-sudahlah, MIC mohon kepada kedua-dua mereka ini dan seluruh pimpinan PH untuk fokus dan kembali ke landasan yang betul, ketika ini rakyat Malaysia perlu anda sekelian untuk utamakan isu kesihatan.

“Pandemik Covid-19 lebih penting, yang lain tolak tepi dahulu, tolonglah,” tegasnya. –MalaysiaGazette

Semuanya salah Tun M – Ronnie

2 Komen

  1. Lebih baik pergi merayu kepada kepada lotong di rimba. Manalah tahu lotong -lotong itu mungkin diilhamkan menjadi pemimpin kita.

  2. PH mainkan politik kerana dipermainkan oleh Madey. DAP yang diperbodohkan MADEY perbodohkan pula kaum cina. Kaum cins ni nadi berkali gabdalah bodohnya kerana ditipu oleh DAP..

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.