KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara dari politik kerana sikap pelupanya berhubung enakmen tertentu dalam undang-undang negara kini amat serius.
Lebih-lebih lagi apabila bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu menjelaskan Malaysia tidak pernah menerima atau mengamalkan konsep tawaran pengakuan bersalah, menguatkan lagi bukti yang beliau patut bersara.
Bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusof berkata, sebagai orang paling lama mentadbir kerajaan, Dr. Mahathir sepatutnya mempunyai pengetahuan mengenai keputusan hukuman dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap tertuduh.
“Dalam tulisan terbarunya, Dr Mahathir menyebut “Malaysia had never accepted nor practiced the concept of plea-bargaining” (Malaysia tidak pernah menerima atau mengamalkan konsep konsep tawaran pengakuan bersalah).
“Tidak tahukah beliau, konsep tawaran pengakuan bersalah telah diterima dan diamalkan oleh Malaysia melalui the Criminal Procedure Code (CPC) (Amendment) Act 2010?,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau mengulas tulisan Dr. Mahathir yang ‘menyerang’ kaedah penyelesaian dicapai kerajaan dalam kes anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, yang dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu.
Jelas bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, Malaysia tidak pernah menerima rundingan pengakuan bersalah (plea-bargaining) dengan suspek penjenayah.
Riza Aziz didakwa di mahkamah atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Dr. Kamarul Zaman, mustahil Dr. Mahathir tidak tahu kes berkaitan DNAA ini telah dipraktikkan di negara ini sejak sekian lama.
Kata beliau, mengikut laporan akhbar tempatan berbahasa Inggeris, sebanyak 571 kes DNAA telah direkodkan pada 2015, bertambah kepada 1,020 DNAA pada 2016, diikuti 643 DNAA (2017), 3,215 DNAA (2018) dan 605 DNAA dari Januari hingga April 2019.
“Sudah karut terlampau nampaknya Dr. Mahathir ini. Sebab itulah saya kata elok sahaja beliau segera bersara,” katanya. – MalaysiaGazette

















Siapkan tempat rehat yang terbaik untuk dia di ruang ukuran 6 x 7 x 5. Dia dah nyanuk sangat tu. Iblis Ph dok kscau dia.
Dia kuat ibgatan nya bila mana pekara yg menguntung kan dia dan kuncu2 nya.tua klu tak nyanyok tak pe ini dah ada kedua2 nya.demi kuasa sangup diri di caci maki .
Mula ada akhirnya…masa berkuaaa dipuja,.bila dah tiada kuasa dihina..
atok95 nie mana pernah salah,
org lain semuanya salah,
dia jek yg betul,
atok95 nie xpernah duk cermin diri,
bila la negara nie nak aman tanpa dia,anwar berahim,dap n pan