Pengguna Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus pada hari pertama Aidilfitri.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus pada hari pertama Aidilfitri.

Maju Expressway Sdn Bhd dalam kenyataan di sini memaklumkan diskaun itu sah untuk semua pengguna dan kelas kenderaan bermula 12.01 malam ini hingga 11.59 malam esok (24 Mei).

Untuk maklumat lanjut dan informasi trafik terkini, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol MEX di 03-83159111 atau ikuti MEXTraffic di Twitter dan Facebook.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan kakitangan kumpulan syarikat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam.- BERNAMA