Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan video tular memperlihatkan beberapa petugas kesihatan lengkap memakai Peralatan Perlindungan Peribadi membawa mayat di hadapan sebuah pasar raya dikatakan di sekitar kawasan YMCA dan Sentral Brickfields.

Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, video berdurasi 6 saat bertarikh 24 Mei 2020 itu ditularkan kira-kira pukul 4 petang semalam itu tidak benar dan orang ramai diminta menyemak setiap maklumat yang diterima.

“Siasatan dan semakan lanjut telah dibuat dengan pihak KKM dan IPD Kuala Langat mendapati kejadian dalam video tular tersebut sebenarnya kejadian pada 16 Mei 2020 di kawasan Kuala Langat, Selangor.

“Kepada orang ramai, terutama penduduk di kawasan Brickfields, tidak perlu rasa takut atau risau dengan ketenteraman awam serta keselamatan di Brickfields, yang mana dalam keadaan baik dan terkawal dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Dalam kenyataan sama beliau menasihatkan orang ramai agar menyemak setiap maklumat yang diterima dan lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sah selain perlu memastikan ia dari sumber yang sepatutnya atau pihak berkuasa.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) kerana mengedar atau menyebarkan maklumat tidak benar melalui media sosial sehingga boleh menggan ggu gugat ketenteraman awan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali.

“Orang awam juga dinasihati agar terus mematuhi segala peraturan yang ditetapkan di bawah PKPB yang masih berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.

“Pihak polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai kemusykilan berhubung PKPB boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di Talian Hotline 03-88882010 atau talian hotline Polis IPD Brickfields di Talian 03-2297 9222,” tegasnya.-MalaysiaGazette