Pusat hiburan yang mana dua warga asing tanpa dokumen dutagkap jual arak dan lima warga tempatan dikompaun di Aman Suria Damansara, Petaling Jaya. Foto Ihsan: IPD Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki warga asing yang didapati menjalankan perniagaan minuman keras di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mereka berusia 25 dan 26 tahun telah ditangkap dalam serbuan pukul 12.20 tengah malam tadi di sebuah premis hiburan di PJU 1/43, Aman Suria Damansara, Petaling Jaya.

“Malahan kedua-dua suspek juga tidak memiliki permit kerja atau dokumen pengenalan diri yang sah dan didapati menjual minuman keras secara haram tanpa lesen.

“Kedua-dua suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, 55B dan 135(1) akta yang sama serta Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam premis yang sama, kata Nik Ezanee, lima orang lelaki tempatan berusia antara 27 hingga 46 tahun yang leka berhibur sambil minum arak turut dikompaun.

Tambah beliau, tangkapan dilakukan hasil pemantauan dalam tempoh 24 jam.

“Kesemua lima individu itu dikenakan kompaun RM1,000 kerana sedang berhibur dan minum minuman keras di dalam sebuah premis hiburan.

“Mereka telah melanggar Peraturan 3 di bawah Peraturan-Peraturn Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No. 2) 2020,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. “Malahan kedua-dua suspek juga tidak memiliki permit kerja atau dokumen pengenalan diri yang sah dan didapati menjual minuman keras secara haram tanpa lesen.”

    berapa beraninya mereka dah lah tinggal di negara ini tanpa dokumen yang saha malah melakukan kerja yang tidak dibenarkan oleh undnag undang..

Comments are closed.