MANILA/SINGAPURA- Tiada satu pun kilang penapisan minyak yang beroperasi di Filipina ketika ini apabila perintah berkurung paling lama pernah dilaksanakan di dunia telah menjejaskan permintaan.

Syarikat minyak terbesar dunia, Petron Corp berkata, kilangnya yang menapis 180,000 tong minyak sehari terpaksa ditutup sejak 5 Mei lalu bagi kerja-kerja penyelenggaraan sementara permintaan masih rendah.

Royal Dutch Shell plc pula berkata, kilangnya terpaksa ditutup sementara sejak awal bulan ini apabila penggunaan sumber itu jatuh merudum.

Pegawai kedua-dua kilang tersebut berkata, mereka mampu memenuhi keperluan produk petroleum daripada inventori atau import.

Ekonomi Filipina juga berhadapi dengan kemelesetan paling teruk dalam tempoh lebih tiga dekad apabila ia menjadi negara pertama di Asia Tenggara menutup ekonominya pada pertengahan Mac.

“Perniagaan sangat mencabar ketika ini. Pemulihan permintaan sangat bergantung kepada penamatan langkah kuarantin dan yang paling utama adalah mencari vaksin bagi mengembalikan mobiliti sepenuhnya,” kata Presiden Petron, Ramon Ang.

Petron merekodkan kerugian bersih 4.9 bilion peso (RM423.42 juta) pada suku pertama tahun ini berbanding untung 1.3 bilion peso tempoh sama tahun lalu.-MalaysiaGazette