Shinji Aoba. foto Reuters

TOKYO – Polis Jepun menahan seorang suspek yang terlibat dalam kes kebakaran hingga membunuh 36 orang di Kyoto Animation pada bulan Julai tahun lalu selepas dia menghabiskan 10 bulan menerima rawatan di dua buah hospital.

Polis telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Shinji Aoba semasa kebakaran berlaku tetapi gagal meneruskan siasatan kerana dia mengalami cedera parah akibat terbakar.

Aoba ditahan di hospital Kyoto selepas beliau mengaku bersalah atas jenayah terbabit.

Artikel berkaitan: Studio animasi dibakar, sekurang-kurangnya 23 orang maut

Studio animasi dibakar, 33 maut

Suspek bakar studio Kyoto Animation ditahan

 

Dia kini dipindahkan ke ibu pejabat polis untuk siasatan lanjut.

Kebakaran itu mengorbankan semua artis muda di studio berkenaan.

Kes itu mengejutkan peminat animasi di seluruh dunia termasuk Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeu dan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.

Kyoto Animation terkenal di Jepun dan di luar negara bagi siri filem termasuk“Violet Evergarden”, yang ditayangkan di Netflix.

Pada pertengahan bulan Julai tahun lalu, polisi mengatakan, Aoba telah pergi ke studio tersebut lalu menyimbah bahan bakar di sekitar pintu masuk dan berteriak “Mati!” semasa dia membakar bangunan berkenaan.

Selepas serangan itu, Aoba memberitahu polis bahawa dia yang bertanggungjawab melakukan kebakaran itu kerana studio tersebut telah memplagiat novelnya. – MalaysiaGazette