Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib foto FAREEZ FADZIL, 18 MEI 2020.

SHAH ALAM – Polis sudah memulakan sisatan terhadap gambar-gambar yang tular menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari menyambut Aidilfitri dalam jumlah yang ramai melebihi 20 orang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan polis mendapati gambar-gambar yang tular dalam media sosial sejak 27 Mei lalu itu  melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selain menjadi kritikan netizen.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap isu viral ini setelah menerima satu laporan polis pada hari yang sama .

“Pihak yang terbabit akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar ADUN Selat Kelang sambut Aidilfitri beramai-ramai tular dalam media sosial dan menjadi topik perbincangan hangat netizen yang dianggap perlanggaran PKPB Covid-19

Dalam perkembangan kes berkenaan, Baharudin menambah, pihak polis akan merujuk siasatan awal kepada pihak pendakwaraya bagi mendapat arahan lanjut hari ini.

Menurut beliau, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 6) 2020.

“Dan boleh dihukum di bawah Peraturan 15 (1) peraturan yang sama apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Sebelum ini Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis tidak menerima sebarang laporan polis susulan penyebaran tangkap layar gambar majlis Aidilfitri anjuran Abdul Rashid yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawala

Katanya polis akan memantau dan membuat semakan sekiranya menerima laporan polis.
-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Macam mana insiden kahwin di kuil hindu yang hazir dekat 100 org ,, senyap tk dengar cerita ,, jgn kasi setel , 100k ringgit tu kompaun , rakyat dok tanya ni ..

  2. Bayarlah sahaja kompaun seribu, walaupun itu semua anak beranak. Jangan bagi polis pening nak layan isu remeh ni. Sudah memang terbukti salah lebih 20 orang.

Comments are closed.