Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

GEORGETOWN – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menarik semula sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang perlu mengosongkan kerusi mereka.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, ADUN Bertam. Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim perlu berbuat demikian selaras dengan Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, mengikut undang-undang berkenaan mana-mana ahli yang berhenti menjadi ahli parti yang diwakilinya semasa pilihan raya atas apa juga alasan perlu mengosongkan kerusinya.

“Kerajaan negeri akan membentangkan usul untuk mengosongkan kerusi ahli yang terlibat bagi pertimbangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sidang akan datang.

“Tindakan dua ADUN Bersatu yang jelas menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) bercanggah dengan pendirian Bersatu Pulau Pinang dan PH, jadi mereka kini bukan lagi dianggap sebagai sebahagian kerajaan PH,” katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP hari ini seperti laporan Sinar Harian.

Hadir sama, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Pengerusi Parti Amanah Negera Pulau Pinang,Dr Roslan Ahmad.

Sementara itu, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, Majlis Pimpinan PH yang bermesyuarat semalam juga memutuskan untuk melucutkan kedua-dua ADUN Bersatu sebagai ahli kerajaan PH dan segala hak dan kelayakan mereka sebagai ADUN kerajaan negeri dibatalkan serta merta.

Katanya, tindakan sama turut dikenakan terhadap ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang digantung keahliannya oleh PKR.

“Bagi Dr Afif kelayakan sebagai ADUN kerajaan negeri digantung serta merta sehingga keputusan muktamad mengenai statusnya dibuat oleh pimpinan PKR.

“Disebabkan tiga ADUN terbabit bukan lagi ahli kerajaan PH, kerajaan negeri telah melantik tiga ADUN angkat bagi menyelaras program dan urusan kerajaan di ketiga-tiga kawasan berkenaan dan semua peruntukan juga akan disalurkan kepada mereka,”katanya.

Kon Yeow berkata, Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik menjadi ADUN angkat kawasan Teluk Bahang; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (Bertam) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar (Seberang Jaya).- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua ADUN Bersatu di Pulau Pinang tarik balik sokongan

1 Komen

  1. Kah kah lawak bodoh KM Penang DAP ni. Pertama pemilihan & perlucutan Ahli Parlimen & ADUN dibawah Perlembagaan Persekutuan. Yg ke 2..ADUN tu tak keluar parti pun. Depa masih ahli Bersatu yg diketuai oleh PM. Bodoh punya DAP bongkak ni..

Comments are closed.