full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen akan ditempatkan di blok yang dipinta mereka pada persidangan Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan .

“Kerajaan atau sebaliknya,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas mengenai permohonan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu beliau ditempatkan di blok yang tidak menyokong Perikatan Nasional (PN) pada sidang Dewan Rakyat.

Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama sehari pada 18 Mei lalu itu hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Takiyuddin, selain daripada itu, hal berkaitan parti dan ahli merupakan urusan dalaman parti dengan ahlinya. – MalaysiaGazette