Sistem pertahanan peluru berpandu, Patriot buatan Amerika Syarikat.

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan dan menaik taraf komponen sistem pertahanan udara dan peluru berpandu, Patriot, bernilai AS$1.425 bilion kepada Kuwait, kata Pentagon selepas memaklumkan Kongres mengenainya.

Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Pentagon berkata, Jabatan Negara telah meluluskan penjualan 84 pemintas peluru berpandu dikenali Patriot Advanced Capability (PAC-3) Missile Segment Enhancements (MSEs) dan peralatan berkaitan yang dianggarkan bernilai AS$800 juta, lapor Reuters.

Selain pemintas baharu, Jabatan Negara juga meluluskan kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf sistem Patriot milik Kuwait sedia ada.

Lockheed Martin dan Raytheon Technologies merupakan kontraktor utama untuk radar, pelancar dan pemintas sistem Patriot. – Agensi