Satu lagi kemalangan maut melibatkan seorang pemandu mabuk di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya menghala ke ibu kota pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Satu lagi kemalangan maut melibatkan seorang pemandu mabuk di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya menghala ke ibu kota pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, seorang lelaki yang menjadi pemboceng motosikal berusia berusia 42 tahun mati manakala penunggangnya pula cedera parah.

Pemandu mabuk itu seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 22 tahun.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta telah hilang kawalan dan telah melanggar motosikal yang dinaiki mangsa. Ujian kandungan alkohol mendapati pemandu di bawah pengaruh alkohol ketika memandu dan kini disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, dalam kes berasingan, polis juga menahan seorang lelaki warga tempatan yang memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Alkohol di Jalan PJS 8/9 kira-kira awal pagi tadi.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Semakin menjadi2 kes dilanggar pemandu mabok ni klu kerajaan masih x bertegas dikhuatiri org ramai akan ambil tindakan sendiri mengajar pemandu mabok ni..hukuman pemandu mabok ni MESTI dikenakan lebih tegas lg jika mahukan keadilan buat mangsa yg x bersalah dan keluarga mangsa yg trauma

  2. Tidak habis-habis kes mabuk, kalau rokok benda yang tidak memabukkan boleh di kuat kuasakan, rasanya arak pun boleh dikuat kuasakan seperti tidak dijual selepas waktu malam oleh kedai 24 jam.

  3. Benda yg dah tentu haram.. sewenang2 boleh didapati tanpa kawalan, kemudian menjadi perkara2 berat mcm ni… tak ke dah macam haram jadah kalau dibiarkan…

Comments are closed.