Najib Razak misleading 1MDB remarks Parliament Dewan Rakyat
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan yang beliau secara peribadi memaafkan semua pihak yang termakan dengan hasutan mereka yang memfitnahnya.

Menurutnya, tidak ada manusia di dunia ini yang terlepas melakukan kesilapan termasuk dirinya sendiri.

Katanya, mereka yang termakan dengan hasutan itu sebenarnya bukanlah melakukan kesilapan yang terlalu besar namun kesilapan itu berlaku kesan daripada propaganda negatif yang bertubi-tubi terhadap Barisan Nasional (BN) dan kepada dirinya sendiri.

“Tak mungkin semua yang termakan fitnah itu ada peluang untuk memeluk saya, untuk jumpa dengan saya

“Orang intelek pun termakan hasutan dengan propaganda Pakatan Harapan (PH), jadi saya maafkanlah semua yang termakan dengan hasutan, mudah-mudahan akan datang ada masa, ada peluang untuk kita tebus kesilapan.

“Bukan untuk diri saya tetapi kita pilihlah yang terbaik untuk negara kita, janganlah pisang berbuah dua kali,” tambah Najib.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif program Owh!MG terbitan MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Najib bagaimanapun berharap rakyat negara ini akan berfikir dahulu seandainya selepas ini ada mana-mana pihak yang menabur janji kerana setiap janji itu mestilah berada dalam ruang lingkup yang munasabah.

Ujarnya, janji ‘terlalu manis’ yang ditaburkan adalah janji auta yang tak boleh diterima sama sekali.

Menurutnya, Malaysia ada sebuah negara antara yang paling berjaya di dunia dan mempunyai masa depan yang cukup baik.

Justeru beliau meminta agar tidak diulangi kesilapan sebelum ini dan berdoa mudah-mudahan negara ini akan berada di landasan yang lebih kukuh. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. PARA KAFIR HARBI N MUNAFIQ2 MELAYU DALAM PH TERUSKAN LAGI USAHA HGPA BODOHKAN RAKYAT..DAN JANGAN LUPA BAGI KHADAM2 N MACAI2 HGPA TU MAKAN DAGING BANYAK2,NANTI KURANG PLAK GEMOK..

  2. Adalah menjadi suatu kesilapan apabila Najib memaafkan para PEMFITNAHnya dari kalangan kafir2 DAP!

    Tahukah anda yang DAP inilah yang paling PAKAR DALAM MEMBUAT FITNAH2 sehingga berkuburnya sebuah kerajaan?

    Ada ramai penyokong2 anda yang masih belum boleh MEMAAFKAN kafir2 DAP yang kerja mereka 24 jam melakukan fitnah!

    Anda perlu ada sensitiviti tersebut!!!!

  3. Bukan orang Intelek sahaja boleh tertipu, PM pun boleh tertipu dengan JLow. Sebab kita ini manusia biasa bukan nabi yang dapat wahyu yang boleh tahu kebenaran dan palsu.

  4. Tiada manusia yg boleh terlepas dari keterlanjuran mlakukan kesilapan/dosa namun memberikan kemaafan terhadap sesama insan adalah ‘sifat dan perilaku yg mulia’.
    Tqaseh dato seri najib kerana MEMAAFKN saya dn keluarga.. Tqaseh, semoga kamu DSN sentiasa dlm rahmat dn inayah ALLAH SWT…

  5. Kuasa yg dibina hasil fitnah dan hasutan tidak kekal lama. Allah yg memberi kuasa sedikit itu, Allah boleh menariknya bila2 saja. Allah maha pengampun dan penyanyang. Tak rugi memaafkan orang. Sifat yg mulia.

  6. Terlalu memaafkan ada sifat terpuji, tapi tahukah anda ianya secara tak lansung MEMPROMOSI amalan MEMFITNAH didalam masyarakat!

    Tahukah anda budak darjah satu pun boleh bercerita dengan panjang lebar berkenaan kes 1MDB anda? Tak percaya tanya lah cikgu2!

    Tahukah anda kes 1MDB andalah yang telah menjahanamkan parti UMNO, parti yang telah banyak berjasa, sehingga berkuburnya sebuah kerajaan!

    Tahukah anda yang pasukan peguambela anda bermati2an berusaha bersungguh2 siang dan malam ingin membersihkan nama anda!

    Fitnah sangat mudah diolah tetapi amat SUKAR dan mengambil masa yang amat panjang untuk dibersihkan!

    FIKIR2KAN!!!

Comments are closed.