Baru Bian

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang, See Chee How menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini.

Ia diumumkan oleh Presiden PSB, Wong Soon Koh.

Menurutnya, sejak beberapa bulan lalu, pemimpin parti itu mengadakan beberapa perbincangan dengan Baru dan penyokongnya serta mendapati mereka mempunyai aspirasi sama untuk masa depan Sarawak, menurut laporan FMT.

“Kami ingin membuka pintu kami kepada bekas pemimpin PKR dan ahli akar umbi untuk menyertai kami mengorak langkah ke masa depan baru dan lebih baik Sarawak,” katanya dalam sidang media hari ini.

Baru yang juga bekas ketua PKR Sarawak meninggalkan parti itu ketika kemuncak krisis politik negara pada akhir Februari lalu.

Pada 16 April lalu, Baru memberi bayangan akan menyertai PSB kerana beliau mendapati perlembagaan parti itu menarik, selepas mengkaji parti politik lain yang berpusat di Sarawak.- MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.