TERKINI : Jangkitan Covid19 di Pusat Warga Emas Berpunca Daripada Orang Luar – Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata punca jangkitan Covid-19 keatas warga emas adalah berpunca daripada pihak luar.

Katanya, ia berdasarkan kepada pemantauan yang dibuat oleh pihaknya keatas kesemua pusat jagaan warga emas yang dijangkiti wabak Covid-19.

“Kita memantau pusat jagaan warga emas dan kita pasti sekarang jangkitan di kawasan itu tidak tinggi hanya 0.2 peratus sahaja.

“Apabila kita kaji jangkitan itu biasanya datang daripada luar, warga emas tidak keluar daripada pusat jagaan tetapi mereka yang datang daripada luar untuk membantu ataupun penjaga mereka kadang membawa jangkitan kepada warga emas,” katanya.