Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti yang ditubuhnya pada 7 September 2016 akan hancur tidak lama lagi.

Dalam satu entri di blognya, Mahathir yang masih menggelar dirinya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beralasan kehancuran itu berpunca daripada kerjasama parti itu dengan UMNO.

“Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat? Oh. Itu ikrar sahaja untuk dapat sokongan pengundi. Sekarang sudah dapat lupakan sahaja.

“Dengan ini Bersatu akan hancur!! Dengan itu perjuangan untuk selamatkan orang Melayu dari pemimpin kleptokrat jadi apa?

“Itu masalah Bersatulah. Asalkan kita dapat nikmat okaylah,” katanya.

Bersatu kini berdepan perpecahan apabila terdapat satu pihak menyokong Mahathir dan satu lagi menyokong presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia diburukkan lagi apabila Mahathir dan empat lagi pemimpin parti itu dilucutkan keahlian minggu lalu.

“Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit kerajaan.

“Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit kerajaan.

“Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka.

“Apabila menang Presiden Parti Bersatu rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan.

“Dengan sokongan pemimpin pencuri, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional,” kata Mahathir lagi.

Pada Februari lalu, Muhyiddin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan kerjasama UMNO dan Pas. – MalaysiaGazette

24 Komen

  1. Dengan ini Bersatu akan hancur!! Dengan itu perjuangan untuk selamatkan orang Melayu dari pemimpin kleptokrat jadi apa? Tolong melayu yer tok nyokk!!!
    Tok ayang oboyyy.. cian dieee ala bucuk bucukkk.. tolong melayu jerr taw… ala ucukk ucukkk…

  2. Yea! Akan hancur sepertinya King Midas yang mampu menyentuh segalanya menjadi emas tulin.
    Malangnya emas menjadikan semuanya kelaparan dan dahaga kerana tidak boleh dimakan atau minum untuk kelangsungan hidup.

  3. Atuk pun hancur juga bila mati nanti..
    Bersatu ditubuhkan atas fakta penipuan. Belum dibukti Salah lagi sesiapa pun yg ko tudung tu. Yg terbukti adalah penipuan n yg nyata Nye ialah kamu takut rahsia kamu n anak2 kamu semua terbongkar..

  4. Bersatu tak hancur tapi Atok Tun Madey dan konco konconya akan hancur kerana terkena SUMPAH LAKNAT yang dibuat DS Najib akibat dati perbustan durjana oleh Si Kitol dan orang orang nya.

  5. Atok bersama DAP PKR dan Amanah bukan mau menyelamatkan orang Melayu tetapi pasal Atok tamak dan haloba lepas tu mau Boboi sambung legacy.
    Atok sanggup gadai Kepercayaan orang Melayu kepada penyokong evangelist komunis LGBT Liberal sambil melihat orang Melayu DIPERBODOHKAN dihina Agama Islam dipijak dan kurang ajar pada Raja-Raja Melayu.
    Diharap Atok bersama kroni boleh berhenti membuat fitnah untuk menutup pelbagai kejahatan dan Penipuan yang Atok buat selama ini.

  6. Bersatu kini sedang berlawan dengan hantu jembalang kleptokrasi dan penyangak sebenarnya iaitu Madey. Cepat heret dia ke kandang keadilan. Dakwa dulu sambil lengkapkan bukti. Macam dibuat pada orang lain.

  7. Ikrar tu bukan kitab suci kan tun? Ok tun sekarang awak boleh belah…sekali kala takpelah cakap kat media untuk hiburan kami..

  8. Tan Sri Shafie , sekarang sampai masa Tan Sri dan DSNR saman keparat ni , dah beratus kali diulang pencuri penyangak ni , tolong bagi pengajaran yg berguna untuk dia ni ,kalau boleh masokan dalam penjara , biar dia main tahik dalam jail ..makin lama makin menyampah dgn ayat dia ni..

  9. sudahlh kau atuk..ank ko semuanya billionair duit jatuh dari langit ke..poodaahhhh

  10. Tak payahlah Atok cakap lagi rakyat tak nak dengar dah, kerja salahkan orang lain aja,cukup cukuplah 22thn,22bln .jemulah biar PM lain pulak perintah malaysia

  11. Pooodahhh..yg hancur ialah ko lah atok dan anak ko…kemudiaan kroni ko si Sadiq, Mazlee dan Guan Eng perasuah terowong..

  12. M Asri Musa….Sokong 1juta %…Keparat, durjana, penipu semuanya milik madey si bangka yg tak sedar diri….. diri sendiri bergelumang dengan taik sampaikan busuknya sampai ke langit, masih lagi tak sedar2 dan sebaliknya menuduh org lain yang jahat…Salah satu agenda madey apabila jadi PM7 ialah nk mengharamkan UMNO tetapi ALLAH Maha Kaya yang diharamkan akhirnya adalah madey sendiri dan lebih2 ironisnya ialah Madey Telah Mengharamkan Diri Beliau Sendiri…

  13. Bercakap pun …dah makan tuan balik…
    Siapa lah agaknya kleptokrat yg paling hebat di Malaysia ini yeaaa…berapa puluh/ cecah ratus BILLION duit negara yg hilang/ghaib….tup tup muncul jer billionair anak beranak.
    Apa ingat rakyat boleh terus terusan dibodoh dn diperbodohkn…tunggulah nti , tak didunia..diakhirat nti yea….

  14. Sebelum ni pon atuk jgak yg cakap manifesto bukan kitab suci nak tunaikan… Ktbsitu nampak atuk pon penipu 22 tahun… Cukup2 lah atuk.. Jangan nk perok peranda kan orang melayu lg… 22tahun dah atuk pecah belahkan melayu… Moga ade keinsafan dlm diri atuk sebelum pejam mata yg terakhir

  15. Ni la satu masalah besar Tun M suks tuduh org mencuri…..adakah Tun baik dan x pernah curi duit rakyat……kalau Tun baik kemana perginye duit rakyat 30 billion……adakah itu bukan curi namanye……knp DSN dituduh di mahkamah sedangkan Tun x kena…..30 billion duit rakyat Tun hilangkan kerana Saham Forex….boleh plk buat2 lupa…. cukup2 la Tun duduk la diam2 di rumah….serah kepada pimpinan yang ada sekarang untuk bangunkan negara tercinta…..jgn ikut nafsu sgt….jgn ganggu lagi politik Malaysia….Zaman Tun dah berlalu….dulu Tun boleh guna kuku besi semasa memerintah 22 tahun……tp sekarang kuku besi dah tumpul….cukup lah rakyat Malaysia dah muak dgn permainan yg Tun cipta

  16. Pada asalnya memanglah untuk hancurkan UMNO. Tetapi PH bersekongkol dengan DAP yang sering menjatuhkan maruah agama dan bangsa, apa pemimpin Bersatu dan PKR buat. Harapkan Amanah, Mat Sabu, Mahfuz, Khalid Samad lagi hancur jadi tunggangan aje lah Melayu tu.

    Melayu tidak akan hancur, kalau tidak ada Melayu yang mempunyai roh kafir dalam jiwanya.
    Kerana itulah maka ramai Melayu yang mula berpaling ke PN untuk penyatuan Melayu. Kalau kaum China juga rasis kenapa tidak Melayu rasis. Yang mengajar rasis adalah DAP sendiri yang selalu menyentuh hati orang Melayu. Kerana adanya kalangan Melayu lebih gila kuasa sanggup bersekongkol dan menghancurkan Melayu.

    Walau pun UMNO itu kliptokrasi, tapi bukan semuanya bergitu, kerana adanya jiwa Islam didalam mahukan rakan seagama walau ada lain-lain bangsa untuk bersatu, demi agama dan negara.
    Mereka yang dikatakan terlibat dengan rasuah sudahkah didakwa. Kami cukup bangga kalau mereka dapat didakwa dengan segera.

  17. Urut batang kote dgn minyak lintah tapa gunung sbg perisapan utk berjubo lagi baik daaaa

  18. Ludah ke langit akhirnya jatuh ke muka Boboy. Tak pernah sedikit pun rasa berdosa ke Atok? Sudah2 lah wayang tu. Rakyat dah tau Klentong Atok. Zaman Ayah saya boleh lah klentong. Ini zaman maklumat diHujung jari. Dah tau Atok kencing berdiri. Boboy kencing berlari. Hancingggg Kencing Atok. Boleh reput klu terkena tempiasnya.huhuhu

  19. Atuk suka membacakannnnn, sesekali cuba bukak Quran, kalau lah atuk ada Quran, cer tengok ayat nie… QS. 4. An-Nisaa’ : 138-139… “Kabarkanlah kepada orang-orang MUNAFIQ bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih. (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu ? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.”

    Jumpa di Akhirat tok, saya akan menuntut setiap sen duit rakyat yang atok dah henjut bagi anak beranak dengan kroni. Saya akan tuntuk hak sayalah kerana saya tidak akan halalkan duit selewengan atok. Orang lain daya taktau la

  20. alang2 mnyeluk pekasam biar smpai kepangkal lengan..alang2 sendri dh jatuh smpai nak tarik bngsa sendri jatuh sekali..tolong melayu per bender..puihhhh…penting dri sendri jer..

  21. Dah 95 th, dh elok sangat berehat dr politik, dh 22th n 22 bln jd pm, nak apa lgi, kaya anak beranak dh kaya, tak payah la keluarkan kenyataan yg menyebabkan org melayu rasa benc dan meluat.. i

Comments are closed.