Tan Sri Annuar Musa
Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa. foto FAREEZ FADZIL, 14 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak menolak kemungkinan untuk membekukan semua aktiviti pengeluaran dan penjualan arak susulan kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi sejak mutakhir.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa menegaskan cadangan pembekuan mungkin dilaksanakan sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan pihaknya.

“Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

“Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan,” katanya ketika menciap di Twitter miliknya, hari ini.

Kejadian kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin tidak terkawal dan terbaru seorang penghantar makanan FoodPanda menjadi mangsa seterusnya dalam satu kejadian, awal pagi tadi.

Nahas itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di Lebuh Raya Iskandar menghala ke Kuala Lumpur.

Semasa berada di kawasan tersebut, motosikal yang ditunggang oleh mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dirempuh dari arah belakang oleh pemandu lelaki di bawah pengaruh alkohol yang memandu kereta Nissan Livina.

Katanya, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bgus..klu blh menteri dn krjaan trus haram kn arak di mlysia..dan kilng arak yg ada kat mlysia di arak tutup serta merta…sesunggunya arak itu byk mgundang kjahatan .smoga Allah laknat mnusia2 yg terlibat dgn arak..

Comments are closed.