Tentera Amerika Syarikat bersiap sedia untuk dihantar ke Washington. foto Agensi

WASHINGTON – Pentagon telah menggerakkan 1,600 tentera ke Washington selepas pertempuran ganas di bandar itu sejak beberapa hari lalu.

“Aktif tugas adalah di pangkalan tentera di National Capitol Region tetapi bukan di Washington, D.C.,” kata jurucakap Pentagon, Jonathan Rath Hoffman dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pasukan tentera berada dalam “status amaran tinggi” tetapi “tidak mengambil bahagian dalam sokongan pertahanan bagi menyokong operasi pihak berkuasa sivil.”

Namun, pegawai kanan pertahanan memaklumkan unit itu akan bergerak ke Washington.

Pasukan itu termasuk polis tentera dan mereka yang mempunyai keupayaan kejuruteraan, bersama dengan batalion infrantri.

Beberapa bandar utama Amerika Syarikat berdepan dengan tunjuk perasaan susulan kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam ketika berada dalam tahanan polis.

Dalam rakaman video yang tular, seorang anggota polis telah melutut di leher mangsa menyebabkan dia sukar bernafas.

Kematian Floyd telah mencetuskan rasa marah dan tidak puas hati kulit hitam terhadap polis. – MalaysiaGazette