najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Politik negara tidak kira peringkat negeri mahupun persekutuan semakin kucar-kacir kerana sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) sibuk mengatur strategi  merampas kuasa dari kerajaan sedia ada.

Justeru, bertepatan sekali sekiranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi kata dua bahawa baginda akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat terus berlaku.

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, kata dua itu memperlihatkan kepentingan institusi diraja yang memainkan peranan sebagai “pelindung kuasa rakyat” dan mengekalkan kestabilan politik.

“Rakyat telah bosan dengan politik. Mereka hanya mahukan “isi perut” mereka dijaga. Sikap pembangkang yang gila kuasa menyebabkan politik negara menjadi huru-hara.

“Jika perkara ini berlarutan, pembubaran DUN dan Parlimen adalah langkah terbaik dan itulah pendirian UMNO sejak dahulu, iaitu mengembalikan semula kuasa kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najmil mengulas titah Sultan Ibrahim hari ini, yang jelas kecewa dengan kemelut politik tidak berkesudahan berlaku di negeri itu dan mengingatkan Dewan Negeri akan dibubarkan “serta-Merta” jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat.

“Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat. Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Najmil, daripada menjadi pembangkang seperti tin kosong adalah lebih baik pemimpin PH diam sahaja dan menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sultan Johor ancam bubar DUN jika berlaku lagi perebutan kuasa

2 Komen

  1. Pakatan Harapan adalah pakatan yang tak boleh di harap.Tiada harapan.Harapan sebagai pembangkang pun tak mampu di peringkat DUN,inikan pula dewan rakyat.Rakyat sudah hilang harapaan dengan PH.Kegagalan pemimpin seperti Mahathir,Anwar,Lim Kit Siang,Mat Sabu untuk menguruskan negara terserlah dengan kacau-bilau politik cetusan mereka.Ada pilihan untuk mereka berdiam diri,memerhati,analisa dan membuat bantahan jika kerajaan baru PN gagal di dalam pengurusan negara tetapi individu seperti mahathir yang pada awalnya telah salah membuat keputusan dengan meletak jawatan telah gila talak politik dan meraban kesana kesini dengan teori gubahan politik beliau dan mahu memaksa rakyat mempercayai drama politik tak bermaruah beliau.Ketakutan beliau dan panik beliau bila pelan kontigensi mahathir tidak mendapat sambutan dan gagal mendapat kerjasama malah di pandang sinis dan serong oleh sekutu beliau.Sudah kena kencing banyak kali sampai hanching dan cukuplah setakat itu kata sekutunya.Masa untuk peralihan dan di tukar ganti oleh orang lain untuk menentang PN bukannya mahathir lagi..

  2. Siapa kata siapa ni ?
    Yg khianat tu siapa ?
    Yg fasiq tu siapa ?
    Yg pentingkan jawatan tu siapa ?
    Itulah dunia akhir zaman.

    BILA PEROMPAK BERTERIAK PEROMPAK.

Comments are closed.