Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Isu pemandu yang dipengaruhi alkohol atau dadah ini tidak ada kaitan langsung dengan orang Islam ataupun bukan Islam.

Sebaliknya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan, ia lebih menjurus kepada soal keselamatan jalan raya.

Menteri Pengangkutan itu berkata, cadangan pindaan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang akan dimuktamadkan ini bertujuan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang memandu secara berbahaya sehingga memudaratkan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Ianya tidak ada kaitan dengan mana-mana kaum. Sesuatu tragedi atau kemalangan jalan raya yang berlaku itu tidak mengenal kaum,” tegas beliau dalam hantaran di Facebook.

Dengan mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah jalan raya merupakan langkah terbaik dalam usaha mencegah kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya yang tidak sepatutnya berlaku.

Sehubungan itu, beliau menaruh harapan pindaan akta itu mendapat sokongan semua tanpa mengira kaum, agama atau ideologi politik.

Tambah beliau, pindaan akta itu juga turut terangkum bagi kesalahan ‘Geng Basikal Lajak atau Mat Rempit’.

”Untuk makluman, pindaan yang dicadangkan bagi Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) adalah berkaitan dengan pemanduan di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau pemanduan secara berbahaya.

”Oleh itu, sama ada pengguna jalan raya itu di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau sesiapa saja termasuk ‘Geng Basikal Lajak’ atau ‘Mat Rempit’ sekalipun, ia tetap terangkum di dalam cadangan pindaan akta ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Demi keselamatan orang awam ahli2 parlimen perlu segera menggubal undang2 untuk membenarkan orang ramai memukul pemandu2 MABUK sehingga MATI!

    Kita sudah kesempitan masa!

    Atau perlu menunggu sehingga anda2 semua MATI dilanggar?

  2. YB ini juga soal sangkut paut ISLAM sebab majoriti orang Islam di negara ini tak mau arak dan juga perjudian. Dah bosan dah nak ambil hati orang2 kafir ni. Kalau tak buat sesuatu juga kami rakyat Islam akan menentukan.

  3. Dia ni tak akan sebut gab islam dan Agama haha sebab dia ni memang org pertama yg tolak hudud 200%

  4. Orang2 Islam memang dilarang dan tak boleh meminum minuman memabukkan seperti alkohol. Bukan Islam sahaja yang melarangnya tetapi Ugama2 yang lainpun melarangkannya. Kes pemandu2 mabuk melanggar mangsa dijalanan sudah berleluasa sangat berlaku menjadikan begitu ketara sekali hari ini. Pemangsa yang tidak bersalah mati dengan siasia. Pihak berkuasa kerajaan mesti malah wajib serta merta perkenalkan undang2 baru yang amat berat seperti hukuman bunuh, gantung lesen 20 tahun, denda kepada mereka2 ini. Selain daripada itu aspek2 keselamatan lain kepada pemandu ini mesti dikenakan sebelum memandu. Contohnya seperti check Urine dan berbagai lagi. Ketegasan undang2 serta hukuman lebih berat tak boleh tidak mesti dikenakan. Situasi ini boleh dikurangkan malah diredakan Insyak Allah.

  5. Seeloknya boleh guna cara yg thailand.. sbg point ambahan kpd yg langar dan menyebabkan kematian.. Pesalah tersebut perlu menanggung keluarga si mangsa.. Spt anak2 sehingga 18 tahun.. Trbaca akhbar aritu. Rakyat malaysia Bersangkutan kemalangan maut di thailand.. Selain penjara dan denda kemalangan..

  6. Perghh berani ko petik agama kami yer…
    Woii yb Malaysia negara Islam dah tentu ko kena respek apa yg agama Islam larang…ada pahammm

Comments are closed.