Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa beliau bersama dua lagi pemimpin parti itu akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau menyifatkan laporan yang tular di media sosial itu dilakukan pihak cytro Perikatan Nasional (PN) yang semakin tertekan dengan perkembangan terkini politik tanah air sehingga terdesak menyebarkan berita palsu kononnya beliau akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan laporan palsu itu.

“Fitnah murahan ini tidak sedikitpun menjejaskan usaha dan komitmen Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan mandat rakyat dan menyelamatkan negara dari bencana politik PN,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal hari ini, yang antara lain memetik beliau bersama tiga Ahli Parlimen Amanah dijangka menyertai Bersatu bagi mengukuhkan lagi kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut portal berkenaan, berdasarkan sumber dalaman, tiga Ahli Parlimen itu ialah Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Pulai, Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat) dan Dr. Hasan Baharom (Tampin).

Menurut Salahuddin, beliau tetap kekal bersama parti Amanah dan turut mengajak rakyat bersama PH mendukung dan meneruskan cita-cita membentuk Malaysia Baharu yang bebas rasuah dan penyelewengan serta menegakkan amalan politik yang telus, benar dan tidak berteraskan fitnah serta kepalsuan. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Klu kat org ko cpt nk ambil tindakan, klu kena atas btg hidung belang ko, diam seribu bahasa..ini parti pencacar tahi dap kafir harbi..

  2. Maka benarlah prediction sasterawan TERSOHOR NEGARA Allahyarham Shahnon Ahmad yang mengisahkan KEPALA TAIK akan terpelanting dengan sendirinya! Tanpa perlu KEMUTAN!

    Novel SHIT hanyalah sebuah novel satira rakyat!

    Ianya jauh lebih menarik dari novel hasil nukilan sasterawan yang telah mengangkat PEMIMPIN2 KAFIR sebagai PENGHULUnya dan kini dikatakan INGIN pula MATI DIATAS TIKAR SEJADAH?

  3. Tak kan benda macam tu pun nak naik mahkamah kut, che Din, silap2 Tok Hakim gelak saja….

  4. Kalau Abg lid dan kekanda nak masuk tak payah terima lah, buat semak dan sakit mata aje.

Comments are closed.