Anggota PDRM bersama anggota ATM menjalankan penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) pada hari kelima Aidilifitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 28 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Polis telah mengarahkan 37 buah kenderaan berpatah balik pada sekatan jalan raya (SJR) kerana cuba merentas negeri tanpa kebenaran, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada pemeriksaan Pasukan Operasi Pematuhan itu sebanyak 277,002 buah kenderaan diperiksa.

“PDRM juga telah mengenakan 133 Sekatan Jalan Raya (SJR) rentas sempadan negeri (inter-state).

“Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri yang tertinggi adalah Melaka dengan 16 cubaan, Negeri Sembilan (9 cubaan) dan Pahang (8 cubaan),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sebanyak 144 kompaun dikeluarkan kepada mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

“Tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri,” tambahnya. – MalaysiaGazette