Pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja bagi menghalang tanah gelongsor berikutan tanah runtuh melibatkan 7 buah rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2020
KUALA LUMPUR – Besi penahan tanah akan ditanam sepanjang 100 meter di lokasi tanah runtuh di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa di sini selepas didapati berlaku pergerakan tanah di kawasan berhampiran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin berkata, perancangan awal hanya melibatkan 70 meter iaitu merangkumi tujuh kediaman yang terjejas secara langsung oleh kejadian tanah runtuh itu.

“Alhamdulillah, seminggu lepas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Bahagian Cerun dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memulakan kerja dan sekarang kita mula nampak kerja-kerja menanam penahan dinding besi untuk pastikan tiada pergerakan tanah berlaku selepas ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zuraida yang ditemui selepas melakukan tinjauan di kawasan terjejas berkata, pihaknya telah mengarahkan MPAJ melakukan pemantauan di kawasan itu dua kali sehari bagi membolehkan tindakan segera diambil jika berlaku sesuatu tidak diingini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kerja menanam besi penahan terbabit masih berlangsung.

Dalam kejadian 30 Mei lepas, tujuh rumah teres dua tingkat di Jalan Kelab Ukay 4,  taman perumahan berkenaan terjejas oleh kejadian tanah runtuh di bahagian belakang kediaman terbabit menyebabkan 32 orang daripada enam keluarga diarah meninggalkan rumah masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. penggunaan perkataan besi dalam konteks ini adalah tidak tepat. sepatutnya gunakan perkataan seperti cerucuk besi atau batang besi arau tiang besi

Comments are closed.