Liew Chin Tong
Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR – DAP mengakui Pakatan Harapan (PH) masih memerlukan khidmat Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi memastikan kerusi blok pembangkang yang dikatakan berjumlah 109 tidak berpecah.

Bekas Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong menyatakan, gandingan Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi cabaran sengit kepada Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tanpa Mahathir dan Anwar bekerja secara serentak, 109 kerusi PH akan terpecah-pecah dan Muhyiddin akan menjadi pemenang terbesar,” katanya menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Hubungan kedua pemimpin ini dilihat agak dingin selepas Dr. Mahathir digugurkan keahliannya, sekali gus dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Serentak itu juga, Anwar turut dilantik sebagai Pengerusi PH, iaitu jawatan yang sebelum ini disandang Dr. Mahathir.

Sejak itu, Anwar dan Dr. Mahathir tidak lagi dilihat bersama dalam sesi sidang media, sebagaimana sebelum ini.

Menulis lanjut, Chin Tong menjelaskan, PH turut menolak daripada bergabung dengan PN dan tidak akan memberi laluan mudah kepada Muhyiddin. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. DAP. PH TAK PERLUHAN ANWAR IBRAHIM. ANWAR TAK PERLY BERANGAN JSDI PM.

  2. DAP sebenarnya tak perlukan Atok, mereka cuma mahukan sokongan undi Melayu.

    Bila dapat kuasa jual semua aset2 Tabung Haji, mereka war2kan kepada dunia Malaysia sudah bengkrap, politik mereka hanyalah sekitar sekolah Cina, bantuan sekolah Cina, abu Ching Peng, sukatan pelajaran Taiwan, tanglong cina, menghias sekolah warna merah, mengiktiraf komunis dan semua berkenaan cina, hari2 tentang cina. Tak lebih dari itu!

    Susah sangat ke nak faham wahai orang2 Melayu oiiiiiiii…

  3. DAP hanya nak gunakan Atok, nak tunggang kuda tua ini sekali lagi. Dahulu pun dah tunggang kuda tua ini selama 22 bulan sehingga Atok terpaksa membuang menteri kasut hitam!

    Hari2 mereka desak supaya Atok, ketok kepala Atok supaya iktiraf sukatan pelajaran Taiwan!

  4. You guys in DAP are not sincere. You don’t love Mahathir, but you just want to use him or want a free ride in his political bandwagon. If DAP is brave enough it should stand on its own feet. You need him as much as he needs you. I pray that God will be with the people of Malaysia and the government that really can take care of them. Not your empty promises which you did during PRU-14. May God save Malaysia and its beautiful people.

  5. Surprisingly some wrote the same comments like mine but in Malay. I was writing mine without reading yours. See how our minds work the same way. I guess it happens that way because we have the same aspiration and care for our beloved country. Guys keep up the good work. May God be with us, ameen!

  6. Kaum Yahudi sehingga kini merupakan pakar menanam JARUM! Mereka champion melaga2kan dua pihak, mereka sangat pakar!

    Di Tanah Melayu kapir2 DAP ini juga pakar dalam menanam JARUM!

    Jadi berhati2lah!

  7. Kalau perly sangat orang tua ni bawa saja dia masuk DAP Dia sesuai ganti KIT SIANG . Bawa Maszlee dan syed saddiq masuk DAP juga.

Comments are closed.