ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

KUALA LUMPUR – Beberapa insiden kemalangan maut menyayat hati akibat pemandu mabuk sejak kebelakangan ini sedikit pun tidak memberi pengajaran dan keinsafan.

Buktinya, hari ke-10 pelaksanaan Op Alkohol oleh pasukan polis daerah Petaling Jaya bagi mencegah pemandu mabuk berjaya menahan 25 orang pemandu.

Operasi tersebut dijalankan sejak 27 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, setakat ini pemeriksaan dijalankan ke atas seramai 924 orang pemandu membabitkan 876 kenderaan di atas jalan raya.

”Daripada jumlah itu, seramai 25 pemandu berkenaan didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada yang ditetapkan iaitu bacaan 80 Miligram per 100 mililiter,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam satu lagi perkembangan kes pada hari yang sama, katanya seramai sembilan orang iaitu tiga lelaki dan enam perempuan berusia lingkungan antara 23 hingga 46 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran di Petaling Jaya.

Beberapa suspek wanita warga asing dicekup polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran dalam serbuan pada 3 Jun lalu di Petaling Jaya.Foto Ihsan IPD PJ.

Menurut beliau, mereka dicekup dalam satu serbuan polis pada 3 Jun lalu sekitar jam 9.30 malam sebuah premis di SS2/60 daerah itu.

“Hasil pemeriksaan terhadap premis itu polis menahan tiga lelaki dan enam perempuan kesemuanya berusia lingkungan 23 tahun hingga 46 tahun berada di dalam premis itu.

“Selain itu, polis turut menjumpai pelbagai jenis barang disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran dan kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Seksyen 372 B Kanun Keseksaan,” katanya.

1 Komen

  1. Pesta OKTOBERFEST untuk memPROMOSI dan membudayakan MABUK didalam masyarakat oleh sebuah parti chauvinist nampaknya mula membuahkan hasil. Dijangkakan lebih ramai lagi yang akan MATI terutamanya anggota polis yang membuat pengawasan jalan2raya dan juga orang2 awam Melayu terutamanya yang menjadi TARGET mereka!

    PEMBUNUHAN ketika MABUK menampakkan seolah2 PEMBUNUH tidak bersalah & SAH disisi undang2 ini? Kempen PEMBUNUHAN cara ini nampaknya baru sahaja bermula!

    Yang ditahan cuma 25 orang sahaja, yang terlepas MUNGKIN 1,000 atau 2,000 orang atau mungkin lebih diseluruh negara setiap hari.

    Harap Hamid Bador lebih aggresive & berhati2 dalam melindungi kakitangannya dan juga orang awam!

Comments are closed.