Wan Zulkiflee Wan Ariffin

KUALA LUMPUR – Syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) enggan mengulas mengenai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang dikatakan meletak jawatan selepas lima tahun menerajui satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune 500.

Menjawab pertanyaan daripada Bernama, Petronas berkata pihaknya tidak mengulas mengenai khabar angin atau spekulasi, ia sejajar dengan amalannya.

“Pengumuman rasmi, jika ada, akan dibuat pada masa yang sesuai,” menurut Petronas dalam kenyataan kepada Bernama.

Menurut sumber, Wan Zulkiflee atau peletakan jawatan Wan Zul dijangka diumumkan tidak lama lagi, dan kedudukannya akan digantikan oleh calon dalaman.

Kontrak Wan Zul telah diperbaharui untuk tempoh tiga tahun mulai 1 April, 2018. Ia tidak jelas mengenai alasan Wan Zul memutuskan untuk meninggalkan Petronas yang beliau telah menghabiskan seluruh kerjayanya sejak 1983.

Berita mengenai kemungkinan peletakan jawatan beliau turut dilaporkan oleh beberapa media sejak semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast