Angah Husin Jailani kini hampir sembuh selepas menerima rawatan alternatif.

KUALA LUMPUR – Beberapa selepas pendedahan MalaysiaGazette, akhirnya pesakit patah tangan di Negeri Sembilan mendapat kebenaran berubat secara alternatif di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Apa yang menariknya, hajat Angah Husin Jailani, 40, dari Jempol, Negeri Sembilan itu bukan sahaja tercapai tetapi mendakwa sembuh selepas menerima rawatan alternatif dalam masa sehari sahaja.

“Urusan perubatan selesai hanya 20 minit tanpa sebarang unsur meragukan. Sekarang jari sudah boleh gerak-gerak dan dijangka pulih sepenuhnya dalam dua minggu.

“Ketika ini telah pun terasa banyak kesembuhan tangan pun tak perlu disimen dan tak perlu pakai anduh membolehkan pergerakan saya lebih selesa berbanding kaedah rawatan cara lain.

“Saya memilih rawatan alternatif kerana proses pemulihan lebih cepat dengan izin Allah dan saya sudah boleh mula bekerja tidak lama lagi,” katanya semalam.

Menurut Angah Husin, kesihatan amat penting kerana jika tangan tidak boleh digerakkan sumber pendapatan keluarganya terjejas.

“Saya mengutip kelapa sawit dan membuat rumah, pemulihan segera penting bagi saya berusaha mencari nafkah kepada keluarga.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak keselamatan dan media kerana membantu saya dalam isu ini,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mohon permohonan rentas negeri untuk perubatan alternatif