Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos ini yang juga merupakan sebahagian daripada strategi keluar daripada usaha membendung penularan Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, antara yang dibenarkan adalah pergerakan rentas negeri, sambutan Hari Raya Aidil Adha dan ibadah korban serta pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial yang lebih meluas.

“Pergerakan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Jadi bolehlah pulang ke kampung selepas hampir tiga bulan tidak dapat berbuat demikian.

“Namun begitu, jika ada ibu bapa yang sudah tua, perlulah berhati-hati dan mengamalkan langkah pencegahan,” katanya semasa menyampaikan perutusan khas hari