Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR- Maklumat yang diperolehi hasil analisa big data kini digunakan dalam kempen politik bagi memikat pengundi dan penyokong.

Menyifatkan big data sebagai kaedah pukau moden, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaedah tersebut telah menyebabkan si pencuri didewa-dewakan sebagai hero.

“Pukau moden ini berasas kepada sains dan psikologi.

“Maklumat terperinci dan menyeluruh (big data) berkenaan seseorang atau sesuatu kumpulan boleh didapati dari segala kegemaran memakan, membeli-belah, jenis hiburan, sukan, pelancongan dan lain-lain.

“Data yang didapati boleh dianalisa dengan komputer dan peribadi ditentukan. Dari data ini, strategi boleh dibentuk untuk mencapai matlamat.

“Kos oleh pakar analisa tetap tinggi. Hanya mereka yang kaya raya sahaja yang boleh upah.

“Tetapi bagi mereka yang berkepentingan dan berduit, mendapat khidmat pakar analisa big data tetap berbaloi. Fikirkanlah melalui cara ini pencuri boleh jadi hero yang didewa-dewakan,” katanya dalam satu hantaran di blognya hari ini.

Tambah Dr. Mahathir, maklumat yang diperolehi boleh diputar sehingga perkara buruk menjadi baik dan perkara baik menjadi buruk.

Ujarnya, melalui pengumpulan data yang menyeluruh berkenaan individu dalam sesuatu masyarakat, maka pihak pakar analisa boleh kenal pasti sifat berkenaan apa yang disukai dan tidak disukai oleh individu berkenaan dan seterusnya oleh masyarakat.

Dengan maklumat tersebut, katanya, cara mempengaruhi fikiran majoriti anggota boleh ditentukan. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Yang suka memukau adalah Anwar, walaupun sudah dipenjara kerana salah laku masih tetap ada yang yang menyokong, begitu juga dengan Tun walaupun berbuih-buih kutuk melayu tetapi ada juga melayu tetap sokong, hebat raja pukau 2 orang ini. Tidak tahu lah apa jampi yang dibaca kepada mereka yang sudah kena pukau.

  2. Yang kaya raya ni Medey dan anak2 dia lah…dan yg pakar eksploit data ni ialah PH la seperti Mahaguru Rapizi…

  3. Asyik nak menyalahkan org lain jer, die anak Branak jer x Salah. Semua TPM x kene dgn keinginan die. Semua org nak dibusukkan. Manusia jenis apa mcm tu

  4. Semakin terdesak Madey ni. Sebab itu setiap kali dia buka mulut tetap berbau hancing fitnah yang beralasan persepsi dan tuduhan tidak releven. Ingatlah, Madey oiii, ini bukan zaman PM4, media masih lagi ditakuk lama. Kini media sudah terbuka tanpa sempadan. Setiap perlakuan ngko semua akan didedah dan terdedah sendiri. APA LAGI MAU TIPU, RAKYAT SUDAH SEMAKIN BUKA MATA DAN MINDA, RAKYAT SUDAH CUKUP KENAL KEJAHATANMU SELAMA INI.

  5. Org tua gila kuasa semakin meroyan setelah hilang kuasa…dia fikir org MALAYSIA masih sayang kan dia..konon2 letak jawatan lps tu dia fikir akan ada org dtg memujuk…sekali tumbang..ni sibuk pula nk jadi PM lagi..kerja dia sekarang membawang menjaja cerita tentang org lain tak bagus yg cuma dia..pi mampus lah.

  6. Asyik salahkan orang, muak dan meluat aku dgn bila tun bercakap pasal perompak,penyamun ,penyangak,pengkhianat dan sebagainya… Orang yang suka menunding jari kat orang dia lupa sebenarnya ada sembilan lagi jari kita yang tunding kesalahan kita yang kita lakukan samaada kita perasan atau orang lain yang perasan… Fikir fikirkan lsh….

  7. Org tua ni x abis2 mengomel. Duduklah diam. Nyawa dah tinggal hujung2 tu. Sampai bila nak tongkat langit. Yg dia kata dah dpt 129 mp yg sokong dia tu bkn guna data ke? Berbelit sungguh. Yg suruh kenderaan kerajaan isi minyak di PETRON bkn lg di Petrnonas tu bkn madey ke? Klu betul nk selamatkan negara, gunakanlah petronas. Inilah contoh kayakan anak beranak. Semua org tahu sapa dibelakang Petron. Insaflah madey oooiii

  8. Kau ni tak habis2 lah. Celupar mulut. Asyik org lain salah. Pernah tak kau muhasabah diri?

Comments are closed.